Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba di 2024 Honor of Kings Championship! Pada hari terakhir sebelum Grand Final, pertandingan semakin rancak, dengan pasukan-pasukan terkuat bersaing untuk menuntut gelaran juara dunia.
Meskipun majoriti pasukan dalam Knockout Stage berasal dari Malaysia, Dominator Esports dari Indonesia membuktikan kehebatan mereka sebagai satu-satunya wakil dari negara tuan rumah, Indonesia. Di hadapan peminat di Jakarta, mereka melangkah dengan penuh keyakinan untuk menghadapi Black Shrew Esports di Grand Final selepas bertarung habis-habisan!
Upper Bracket Final: Dominator Esports vs Black Shrew Esports

Pertembungan di Upper Bracket Final menampilkan dua pasukan terkuat, Dominator Esports dan Black Shrew Esports, yang bertarung untuk tempat pertama di pentas Grand Final. Pertarungan ini menentukan siapa yang akan mara terus ke final dan siapa yang harus turun ke Lower Bracket. Setelah pertarungan yang sengit, Black Shrew Esports akhirnya berjaya mengalahkan Dominator Esports dengan skor 3-1, memenangi tiket emas ke Grand Final.
Lower Bracket: Team Secret vs Nova Esports

Di Lower Bracket Semifinal, dua lagi pasukan dari Malaysia, Team Secret dan Nova Esports, bertembung dalam pertempuran epik untuk meneruskan perjuangan mereka. Team Secret berjaya mengalahkan Nova Esports dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang sengit, memastikan tempat mereka di Lower Bracket Final menentang Dominator Esports.
Lower Bracket Final: Dominator Esports vs Team Secret

Dengan semangat tinggi untuk terus maju, Dominator Esports sekali lagi mengambil peluang kedua mereka untuk ke pentas akhir dengan menghadapi Team Secret di Lower Bracket Final. Dalam perlawanan yang penuh debaran, Dominator Esports berjaya mengatasi Team Secret dengan keputusan 3-2, mengesahkan tempat mereka di Grand Final. Kemenangan ini membuktikan kegigihan pasukan Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan, walaupun berdepan saingan sengit dari pasukan Malaysia.
Grand Final yang Dinanti-nantikan
Kini, persaingan akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan pertemuan semula antara Black Shrew Esports dan Dominator Esports di Grand Final. Selepas perjalanan yang sukar di Knockout Stage, kedua-dua pasukan ini akan berentap buat kali terakhir untuk menentukan siapa yang layak dinobatkan sebagai Juara Dunia Honor of Kings 2024.
Adakah Dominator Esports mampu membalas kekalahan mereka dan menjuarai kejohanan ini di tanah air mereka sendiri? Atau, adakah Black Shrew Esports akan terus mendominasi dan memenangi gelaran juara?
Nantikan aksi penuh kehebatan dalam pertempuran penentu ini esok!
Untuk maklumat lanjut tentang 2024 Honor of Kings Championship, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post