Grand Theft Auto V merupakan sebuah game yang masih relevan hingga ke hari ini, walaupun ianya telah dilancarkan pada 2013; iaitu 6 tahun yang lalu. Masih ramai lagi gamers yang memainkan game ini pada hari ini. Game ini memiliki permainan single player yang kukuh, di padankan dengan permainan online-nya yang masih mampu memberi impak. Banyak perkara yang gamers boleh lakukan dalam game ini untuk memenuhi keperluan bermain GTA V; dan 2 perkara yang sinonim dengan GTA V adalah senjata dan kenderaan. Di sini kita mengulas tentang 10 senjata-senjata dan kenderaan yang sukar didapatkan tetapi berbaloi apabila ianya di dalam tangan anda.
10 – Senjata: Axe

Senjata jarak dekat sememangnya satu kebiasaan dalam siri GTA, tetapi dengan penambah baikan terkini yang dikeluarkan oleh Rockstar, mereka telah menambahkan Ax, dan ini adalah senjata yang sangat berguna kepada gamers dalam game ini.
9 – Kenderaan: Z-Type

GTA V memang banyak memberi penghormatan kepada GTA sebelum ini, sebagai contoh; kenderaan Z-Type dalam game ini mula membuat penampilan dalam Grand Theft Auto II. Untuk mendapatkannya, anda harus memiliki $10,000,000 dan boleh membelinya di LegendaryMotorSports.net.
8 – Senjata: AP Pistol

Namanya telah menggambarkan kekuatan senjata ini – AP adalah armor piercing. Dengan kadar tembakan yang bagus, ini adalah senjata yang terhebat dalam game ini. Ia boleh didapatkan daripada Ammu Nation dan anda perlu berada pada rank yang ditetapkan.
7- Kenderaan: Space Docker

Dalam game, terdapat alat-alat ganti yang boleh dikumpul; antaranya adalah alat ganti kapal angkasa lepas. Setelah anda mengumpul 50 daripada alat ganti jenis ini, anda akan diberikan sebuah dune buggy yang dinamakan Space Docker.
6 – Senjata: Assault SMG

Senjata ini boleh didapatkan sekiranya pemain menyertai Rockstar Social Club.
5 – Kenderaan: Enus Super Diamond

Kereta ini kebiasaannya akan muncul di kejiranan Rockford Hills namun kadar atau kebarangkaliannya muncul adalah sangat rendah. Sebagai langkah yang pasti, ianya boleh didapatkan secara percuma sekiranya anda boleh menyelesaikan misi “Stag Do Running Man” yang diperolehi daripada orang awam ataupun acara.
4 – Senjata: Advanced Rifle

Senjata ini hanya akan mula muncul lewat dalam permainan, dan sekiranya anda tidak boleh menunggu sehingga itu; anda boleh pecah masuk ke dalam Altruist Camp untuk mencurinya.
3 – Kenderaan: Submersible

Walaupun ianya bukan akan digunakan selalu; tetapi ianya sangat perlu dan berharga pada ketika anda perlu menjelajah lautan dalam. Ianya boleh diperolehi setelah anda membeli Sonar Collection Docks dengan harga $250,000.
2 – Senjata: Railgun

Setelah menyelesaikan misi “Minor Turbulence”, senjata hebat ini boleh dibeli tetapi anda akan memerlukan duit yang sangat banyak.
1 – Kenderaan: P-996 Lazer

Walaupun bukan kenderaan yang digunakan atas jalanraya biasa, jet pejuang ini adalah antara yang menjadi lagenda dikalangan gamers GTA V. Untuk mendapatkannya, anda harus menjejakkan kaki ke dalam Fort Zancudo dimana secara serta merta anda akan mendapat tahap wanted maksima. Tetapi dengan menggunakan keupayaan istimewa Franklin, anda boleh menyelinap masuk tanpa mendapat walaupun 1 bintang.
Sumber: The Gamer









Discussion about this post