Tahun 2023 penuh dengan pelbagai game hebat yang dilancarkan pada pelbagai platform seperti PC, konsol dan mobile. Kita telah lihat game seperti Baldur’s Gate 3, Marvel’s Spider-Man 2, The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom dan Alan Wake 2 mendapat sambutan hangat daripada pemain-pemain.
Walaupun begitu, sudah tentu ada beberapa tidak berjaya untuk menangkap kejayaan yang sama malah mendapat ulasan yang teruk daripada pemain mahupun pengkritik. Laman web Metacritic juga sudah mengumpulkan data ulasan game di laman tersebut dan menyenaraikan 10 game paling teruk pada tahun 2023. Jom kita lihat game tersebut!
- The Lord of the Rings: Gollum — Metascore 34
- Flashback 2 — Metascore 35
- Greyhill Incident — Metascore 38
- Quantum Error — Metascore 40
- Testament: The Order of High-Human — Metascore 41
- Crime Boss: Rockay City — Metascore 43
- Hellboy: Web of Wyrd — Metascore 47
- Gangs of Sherwood — Metascore 48
- Loop8: Summer of Gods — Metascore 49
- Gargoyles Remastered — Metascore 49
Melihat game The Lord of the Rings: Gollum pada tempat pertama tidaklah begitu mengejutkan. Dengan produk akhir tidak seperti yang dijanjikan, tidak peliklah jika ramai pemainnya memberikan skor yang rendah malah meminta semula wang mereka.
Tetapi yang mengejutkan kami, game seperti Skull Island: Rise of Kong mahupun The Day Before tidak tersenarai. Mungkin game tersebut tidak mempunyai banyak ulasan yang diberikan untuk tersenarai dalam senarai tersebut.
Apa pendapat anda mengenai senarai game tersebut? Game apa yang anda rasa paling teruk pada tahun ini? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post