Xiaomi meluaskan lagi pilihan telefon pintar mampu milik di Malaysia dengan pelancaran siri terbaharu REDMI 17 (dalam varian 4G dan 5G) serta peranti bajet REDMI A7.

Bagi siri REDMI 17, daya tarikan terbesar terletak pada bateri 7,500mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari bagi penggunaan harian. Untuk melengkapi kapasiti ini, kedua-dua varian menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan terbalik 22.5W (wired reverse charging), lantas membolehkannya berfungsi sebagai power bank bagi mengecas aksesori kecil seperti wireless earbud.
Spesifikasi Utama Siri REDMI 17:

- Skrin: Paparan LCD HD+ bersaiz 6.9 inci dengan refresh rate 120Hz, dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i. Ia turut menampilkan Wet Touch Technology supaya skrin responsif walaupun digunakan dengan tangan yang basah.
- Pemproses & Prestasi:
- REDMI 17 5G: Dikuasakan pemproses 4nm Snapdragon 4 Gen 5 bersama storan UFS 2.2.
- REDMI 17 (4G): Dikuasakan cipset MediaTek Helio G91-Ultra.
- Kedua-dua model beroperasi menggunakan sistem Xiaomi HyperOS dan menyokong penambahan RAM sehingga 12GB.
- Kamera: Dua kamera belakang 50MP AI untuk gambar harian yang lebih jelas, dengan kamera swafoto 8MP di bahagian hadapan.
- Reka Bentuk & Ketahanan: Dilengkapi penarafan IP64 bagi rintangan debu dan percikan air, pembesar suara dual-stereo, serta audio jack 3.5mm. Ia turut menampilkan cincin lampu Dynamic RGB di bahagian belakang dengan efek cahaya yang boleh disesuaikan untuk panggilan, status pengecasan, mahupun notifikasi aplikasi.
REDMI A7 Adalah Pilihan Asas Bawah RM500

Bagi mereka yang mahukan peranti yang lebih mesra bajet, Xiaomi turut menawarkan REDMI A7.
Peranti ini datang dengan skrin 6.88 inci (refresh rate 120Hz), bateri 5,200mAh, serta pemproses octa-core Unisoc T7250. Ia juga ada sistem kamera 13MP AI dan Wet Touch Technology, dipadankan dengan reka bentuk yang kemas dan ringan; sesuai untuk tugas harian seperti melayari internet, mesej, dan menonton media.
Harga, Ketersediaan, dan Promosi di Malaysia
Siri REDMI 17 boleh didapati di Malaysia bermula malam ini menerusi Xiaomi Store rasmi di seluruh negara, laman mi.com, serta kedai dalam talian rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Harga & Diskaun Early Bird:
| Model | Varian | Harga Pasaran | Harga Promosi |
|---|---|---|---|
| REDMI 17 (4G) | 4GB + 128GB | RM 699 | RM 669 |
| REDMI 17 5G | 4GB + 128GB | RM 799 | RM 769 |
| REDMI 17 5G | 4GB + 256GB | RM 899 | RM 869 |
| REDMI A7 | 3GB + 64GB | RM 469 (Mula dijual 15 Sept) |
Tiada |
Promosi Perkhidmatan Selepas Jualan Eksklusif (8 – 31 Ogos 2026):
Pelanggan di Malaysia yang membeli sebarang model siri REDMI 17 bermula 8 hingga 31 Ogos 2026 dapat menikmati pakej perkhidmatan selepas jualan istimewa:
- Perlindungan Waranti Lanjutan 24 Bulan
- 1 Kali Penukaran Skrin Percuma (dalam tempoh 24 bulan)
- 1 Kali Penukaran Bateri Percuma (dalam tempoh 36 bulan)
- 1 Kali Penukaran Penutup Belakang atau Kanta Kamera Percuma (dalam tempoh 24 bulan)
*REDMI A7 (3GB + 64GB) akan mula dijual secara rasmi pada 15 September 2026 pada harga RM 469.









Discussion about this post