Menurut satu artikel oleh The New York Times, Xbox sebenarnya berjaya mendapatkan hak penerbitan bagi game perisikan terbaharu Physint oleh Hideo Kojima pada kos “yang jauh lebih rendah daripada apa yang biasanya dibelanjakan oleh Xbox untuk membangunkan sebuah game premium.”
Lebih menguntungkan Microsoft, perjanjian tersebut turut memberikan mereka hak untuk mengadaptasi francais ini ke projek filem dan televisyen.
Bagi peminat Metal Gear Solid, Physint menandakan kepulangan Kojima ke genre ‘tactical espionage’. Game ini asalnya projek PlayStation, namun Sony membatalkannya akibat kebimbangan terhadap kos produksi yang tinggi serta tempoh pembangunan yang panjang.
Bimbang akan nasib studionya, Kojima terus membuat pitching kepada CEO Xbox, Asha Sharma, yang pantas menyambar peluang tersebut.
Langkah ini memberi kelebihan besar kepada Xbox ketika kos pembangunan judul blockbuster dunia kini melambung tinggi. Selain kos yang lebih terkawal, Microsoft turut memperoleh hak adaptasi ke filem dan televisyen.
Kojima menjelaskan bahawa visi Xbox bukan sahaja menjual game di konsol, sebaliknya membina sebuah IP multimedia berskala besar merangkumi anime dan layar perak.
Bagi meredakan spekulasi tentang situasi kewangan mereka selepas berpisah dengan Sony, Kojima Productions menegaskan bahawa studio mereka cukup stabil, menjana keuntungan, dan masih mengekalkan hubungan baik dengan PlayStation sementara memberi tumpuan penuh kepada Physint bersama Xbox.
Peminat tempatan perlu bersabar kerana Physint belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi, memandangkan tumpuan sekarang terarah kepada game seram OD.









Discussion about this post