Selepas berbulan-bulan menunggu, webcomic Digimon Liberator kini telah dikeluarkan secara rasmi bersama visual utama. Seperti yang diumumkan melalui X/Twitter Digimon TCG, webcomic Digimon Liberator kini tersedia untuk dibaca di laman web Digimon Card.
Buat masa sekarang, dua bab untuk webcomic itu tersedia di laman web, iaitu Episod 0 dan Episod 1.
Berikut adalah sinopsis rasmi:
Shoto Kazama, seorang budak lelaki yang tidak pernah dapat menang dalam permainan kad kerana tabiatnya yang mudah berputus asa, memasuki dunia Digimon Liberator melalui jemputan rakan zaman kanak-kanaknya, Arisa Kinosaki.
Permainan ini membolehkan pemain terlibat dalam pertempuran kad yang sangat realistik. Pada mulanya, Shoto teragak-agak, tetapi melalui pertemuannya yang mengasyikkan dengan Digimon di sana, dia menjadi peminat permainan itu.
Pertemuan dengan Digimon liar seperti Pteromon dan pertempuran dengan NPC,pelbagai kejadian ini menggerakkan roda nasib untuk Shoto dan rakan-rakannya.
Bagi mereka yang kurang tahu, siri webcomic ini berdasarkan permainan trading card IP Digimon. Digimon utama dalam komik itu ialah Pteromon, sejenis Bird Dragon Digimon baharu yang sepatutnya liar tetapi menyertai Digimon Liberator sebagai rakan kepada Shoto dalam cerita itu.
Seperti Pteromon, satu lagi Digimon baharu yang diperkenalkan ialah Shoemon, dan ia adalah rakan kepada Arisa dalam komik. Kedua-dua carta evolusi Digimon tersebut juga boleh dilihat di laman web jika anda berminat melalui bahagian “Character”.

Selain daripada siri komik, terdapat juga siri novel Digimon Liberator yang mempunyai jalan cerita berbeza, di mana Impmon kembali menjadi Digimon utama.
Sekali lagi saya ingatkan, kini anda boleh membaca siri komik Digimon Liberator di laman web Digimon Card – alang-alang ia pun disediakan secara percuma, jangan lepaskan peluang ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post