Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warhorse Studios Umum RPG Middle-earth Baru & Projek Kingdom Come Seterusnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2026
in Adventure, Artikel, Berita, Open World, RPG
0 0
0
Warhorse Studios Umum RPG Middle-earth Baru & Projek Kingdom Come Seterusnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Warhorse Studios, pencipta di sebalik game RPG popular Kingdom Come: Deliverance, secara rasmi mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan dua projek mega: sebuah RPG open-world berlatarkan Middle-earth serta satu pengembaraan baharu dalam dunia Kingdom Come.

Setakat ini, butiran plot dan tajuk rasmi bagi kedua-dua projek tersebut masih dirahsiakan.

You might have heard the rumours, it's time to reveal what we are working on.

🗺️ An open world Middle-earth RPG.
⚔️ A new Kingdom Come adventure.

We’re excited to tell you more when the time is right.#WarhorseStudios #Annoucement #lotr #KingdomComeDeliverance pic.twitter.com/Pcgf9SqW52

— Warhorse Studios (@WarhorseStudios) May 20, 2026

Middle-earth

Projek Middle-earth dilihat sebagai usaha paling bercita-cita tinggi oleh Warhorse setakat ini. Digambarkan sebagai sebuah “RPG open-world Middle-earth,” game ini menandakan langkah besar buat pembangun tersebut dalam meneroka genre high fantasy.

Warhorse sememangnya terkenal dengan ketelitian terhadap fakta sejarah dan gameplay yang “grounded” atau realistik. Menurut penganalisis, penerapan elemen “hardcore” ini dalam dunia ciptaan J.R.R. Tolkien berpotensi menghasilkan versi Middle-earth yang paling ‘immersive’ dalam sejarah gaming.

Ini bermakna game tersebut bakal beralih daripada judul Lord of the Rings terdahulu (seperti Shadow of Mordor dan Shadow of War) kepada pengalaman yang lebih fokus pada elemen survival dan suasana dunia yang benar-benar terasa “hidup.”

Projek ini direalisasikan melalui syarikat induknya, Embracer Group, yang telah memiliki hak cipta The Lord of the Rings dan The Hobbit sejak tahun 2022.

Game ini akan diletakkan di bawah “Fellowship Entertainment,” sebuah unit spinoff yang ditubuhkan oleh Embracer untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada francais-francais gergasi mereka.

Kingdom Come

Selain Middle-earth, Warhorse Studios turut mengesahkan bahawa mereka tidak akan melupakan akar umbi mereka. Studio itu sedang membangunkan “sebuah pengembaraan Kingdom Come baharu.”

Penggunaan istilah “pengembaraan” dan bukannya Kingdom Come: Deliverance 3 mencetuskan spekulasi bahawa judul ini mungkin sebuah spinoff atau jalan cerita baharu dalam dunia yang sama, bukannya sambungan terus kepada kisah Henry sebagai watak utama.

Berita ini hadir setahun selepas kejayaan Kingdom Come: Deliverance II yang dilancarkan pada Februari 2025. Game tersebut bukan sahaja mendapat pujian meluas daripada pengkritik, malah berjaya terjual lebih dua juta unit dalam tempoh dua minggu pertama pelancaran.

Tags: Kingdom ComeMiddle-EarthWarhorse Studios
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Tales of Arise – Beyond the Dawn Edition (Switch 2) – Sebuah JRPG Cemerlang Tanpa Downgrade Besar!

Next Post

Pencipta Splitgate Umum ‘EMPULSE’ – Sebuah Game Shooter Mecha Yang Bakal Tiba Tahun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Pencipta Splitgate Umum ‘EMPULSE’ – Sebuah Game Shooter Mecha Yang Bakal Tiba Tahun Ini!

Pencipta Splitgate Umum ‘EMPULSE’ – Sebuah Game Shooter Mecha Yang Bakal Tiba Tahun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd