Terdapat berita yang mengatakan God of War telah tersedia di Xbox. Namun, ia adalah sekadar game rip-off yang telah dibangunkan oleh Dolaka Ltd. Game itu adalah War Gods Zeus of Child.
Semasa artikel ini ditulis, game War Gods Zeus of Child telah disingkirkan daripada store Xbox. Tetapi jangan risau sebab kami telah menjumpai gameplay penuh bagi game ini dan nampak sangat mirip dengan protagonis God of War iaitu Kratos.
Seorang Youtuber bernama Logan melalui channel Red Bandana Gaming sempat bermain game ini secara penuh dan telah memuat naik gameplay-nya di YouTube. Jika lihat pada gameplay-nya, game ini sangat mudah dimainkan dan langsung tidak mempunyai sebarang mekanik yang kompleks.
Matlamat game ini adalah kalahkan sebanyak raksasa yang boleh dan kumpul markah terbanyak. Walaupun matlamat game ini senang untuk dicapai, terdapat beberapa perkara yang akan membuatkan korang terketawa semasa melihat video ini termasuk animasi Kratos sangat pelik dan tidak lengkap. Jika lihat pada video tersebut, dia berjalan ke belakang tanpa sebarang animasi dan menyebabkan Kratos menggelongsor semasa bergerak.

Apa yang lebih menarik adalah review yang ditinggalkan oleh pemain di Xbox Store. Bagi saya, ianya sangat menghiburkan kerana bagaimana game seperti ini dapat dijual melalui Xbox Store pada harga £3.39 9 (anggaran RM 18.35). Ia tidak masuk akal dalam masa yang sama ia sangat menghiburkan dengan cara tertentu.

Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan game rip-off Fall Guys yang dikenali sebagai Dinasaur Falling Survival. Ia dijual pada harga $3.99 (anggaran RM 15.10).
Saya ingin mengingatkan anda bahawa game God of War masih belum dimasukkan ke Xbox. Manakala War Gods Zeus Child adalah hiburan semata-mata. Dengan game yang tidak mempunyai bunyi dan animasi yang sangat pelik tetapi menghiburkan, sudah pasti Xbox akan menyingkirkan game ini daripada stor mereka.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post