Kalau anda suka menonton pertandingan luncur ais, mesti ada sahaja peserta yang ber-cosplay watak kegemaran mereka, tidak kiralah daripada anime, game ataupun komik. Baru-baru viral satu video, di mana dua orang cosplayer Genshin Impact yang melakukan persembahan luncur ais di Sunway Pyramid!

Kalau anda ingin tahu, Sunway Pyramid selalu megadakan acara luncur ais, Skate Asia pada setiap tahun. Yuriko Minami dan Yana Chin, telah mengenakan cosplay sebagai Yae Miko dan Raiden Shogun dalam acara Skate Asia 2022. Ia bukan hanya cosplay biasa malah mereka berdua telah melakukan rutin penuh bersertakan muzik dan dialog daripada Genshin Impact. Prop yang digunakan juga mengikut item watak dalam game tersebut.
Video persembahan cosplayer tersebut telah mendapat ramai perhatian pemain Genshin Impact lain di Reddit dan Facebook. Lebih-lebih lagi pemain Genshin daripada Malaysia yang kagum dengan persembahan mereka di Sunway Pyramid.
Genshin Impact sememangnya satu game yang popular di Malaysia. Kalau anda pergi mana-mana acara ACG memang ramailah cosplayer game tersebut. HoYoverse juga ada mengadakan beberapa acara di Malaysia seperti HoYo Fest dan kolaborasi bersama Tealive. Iklan dalam bahasa Melayu juga ada disiarkan di siaran TV.
Apapun, livestream untuk Genshin Impact 3.0 juga akan didedahkan esok dengan pelbagai maklumat tentang region baru, Sumeru. Anda juga pasti tidak sabar untuk lihat archon terbaru, Nahida. Kami juga akan ikuti livestream tersebut nanti. Bolehlah anda mendapatkan liputan penuh daripada kami esok!
Sumber: Gamerbraves

@gamersantaimy
Discussion about this post