Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Umamusume: Pretty Derby Berlumba ke Malaysia! Sambutan Awal Cukup Positif!
Share on FacebookShare on Twitter

Umamusume: Pretty Derby akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelancaran global versi Inggerisnya. Kini tersedia di iOS, Android, dan PC menerusi Steam, game simulasi sukan bergaya gacha yang dibangunkan oleh Cygames ini boleh dimainkan secara percuma.

Pemain Malaysia kini boleh memuat turunnya daripada App Store, Google Play, atau Steam, lengkap dengan ganjaran dalam game bagi mereka yang mendaftar awal sebagai dorongan untuk memulakan pengembaraan mereka.

Dalam game ini, pemain akan menjadi jurulatih di Tracen Academy, membimbing Uma Musume (gadis antropomorfik yang diinspirasikan daripada kuda lumba sebenar Jepu) untuk bersaing dalam kejohanan berprestij Twinkle Series.

Fokus utama permainan adalah pada sesi latihan dan perlumbaan. Pemain perlu membangunkan atribut seperti kelajuan, stamina, kuasa, dan kecerdasan Uma Musume menerusi latihan sebelum menyertai perlumbaan yang melibatkan sehingga 18 peserta.

Setiap perlumbaan menampilkan ulasan langsung yang menyerupai siaran sebenar dan animasi 3D berkualiti tinggi. Kemenangan pula diraikan menerusi persembahan “winning live” penuh warna-warni, di mana Uma Musume mempersembahkan lagu dan tarian seperti idol.

Apa yang membezakan Umamusume adalah sistem latihannya, yang memerlukan pemain untuk menyusun strategi dengan teliti termasuk menentukan gaya larian Uma Musume, sama ada mendahului dari awal atau mengejar di saat akhir.

Sistem gacha membolehkan pemain menggunakan mata wang dalam game untuk memperoleh watak baharu atau kad sokongan yang dapat meningkatkan latihan dan prestasi. Sistem ini memainkan peranan penting dalam kejayaan besar game ini, dengan pendapatan lebih $2.4 bilion setakat Mac 2024.

Lebih daripada sekadar perlumbaan, setiap Uma Musume juga mempunyai jalan cerita peribadi dalam format novel visual yang dibahagikan kepada tujuh bab, membantu mengukuhkan ikatan antara pemain dan watak.

Dengan grafik 3D, rekaan watak terperinci, serta animasi memukau, Umamusume pengalaman dinamik yang terasa kompetitif dan meriah.

Versi global dalam bahasa Inggeris ini telah menerima sambutan hangat daripada komuniti antarabangsa. Di Steam, ia mendapat penilaian “Overwhelmingly Positive” daripada 866 ulasan, manakala di Google Play, ia menerima skor 5.0 bintang daripada 421 ulasan, dan kini mencatat lebih 500,000 muat turun.

Ia juga telah menduduki tangga teratas kategori simulasi di App Store, membuktikan statusnya sebagai game wajib cuba tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, pemain boleh layari laman web rasmi Umamusume: Pretty Derby di SINI.

Tags: Umamusume: Pretty Derby
ShareTweetSend
Previous Post

STALKER 2: Heart of Chornobyl Patch 1.5 Menambah Senjata, Gameplay Baharu & Sokongan Mod Rasmi

Next Post

Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Digimon Story Time Stranger – Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

Digimon Story Time Stranger - Strategi Lebih Mendalam Melalui Sistem Enhancement Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd