Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Tokusatsu
0 0
0
Ultraman Decker aka New Gen Dyna akan mula tayangan pada Julai 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas debut Ultraman Trigger: New Generation Tiga pada tahun lepas, Tsuburaya Productions akhirnya mengumumkan siri televisyen baru Ultraman Decker – yang akan mula disiarkan di Jepun mulai 9 Julai 2022!

Dicipta sempena ulang tahun ke-25 Ultraman Dyna, Decker mengambil banyak inspirasi serta motif dari Dyna termasuk reka bentuk asas dan latar belakang cerita. Banyak info telah tertular di internet tetapi akhirnya kita ada maklumat rasmi! Berikut adalah rumusan menurut Tsuburaya:

Sinopsis

Sekumpulan objek angkasa terapung misteri bernama “Sphere” mula menyerang Bumi lalu mengakibatkan kemusnahan meluas dan kemunculan raksasa gergasi. Dahulu aman, kehidupan manusia kini menjadi huru-hara termasuk wira kita, Kanata Asumi.

Selepas menemui “cahaya Decker” dalam dirinya, Kanata berjanji untuk melindungi kehidupan seharian manusia lalu menyertai pasukan GUTS-Select, yang baru dicipta untuk menangani ancaman Sphere.

Sebagai ahli terbaru, Kanata dan pasukannya perlu menentang musuh-musuh ini untuk melindungi keamanan bumi.

Bio ringkas Ultraman Decker

Bentuk asas Ultraman Decker dipanggil Flash Type, dan dia boleh ‘Type Change’ kepada ‘Strong Type yang kuat secara fizikal dan ‘Miracle Type’ yang lebih ke arah mistik/supernatural.

Flash Type: Bentuk asas Ultraman Decker. Kanata akan memuatkan “Ultra Dimension Card” ke dalam item transformasi Ultra D Flasher, dan menjerit “Shine Bright! Flash!” untuk mengubah. Serangan istimewanya ialah Selgent Beam yang dilepaskan dengan menyilangkan kedua-dua lengan.

Strong Type: Bentuk yang paling sesuai untuk kekuatan fizikal. Kanata akan menjerit “Burst Forth! Strong” untuk ‘Type Change. Serangan khas bagi bentuk ini adalah Dolnade Breaker, sejenis pukulan kuat dengan mengumpulkan tenaga pada penumbuk kanan Decker.

Miracle Type: Bentuk paling sesuai untuk menggunakan serangan psikokinetik. Kanata akan menjerit “Leap Out! Miracle!” untuk Type Change. Serangan khas bagi bentuk ini adalah Realiut Wave, sejenis gelombang tenaga kuat dari lubang hitam yang dihasilkan oleh Decker dengan menumpukan tenaga di tangan kanannya.

Ultra D Flasher: Objek yang Kanata gunakan untuk berubah menjadi Ultraman Decker. Dengan menggunakan Ultra Dimension Card yang tiba-tiba muncul di tangannya, Kanata boleh berubah kepada mana-mana bentuk dia mahu. Dia juga boleh menggunakan serangan istimewa dengan memuatkan pelbagai Dimension Card ke dalam peranti.

Pada tahun 1996, Ultraman Tiga mula ditayangkan, diikuti Ultraman Dyna (1997), dan Ultraman Gaia (1998). Ketiga-tiga siri ini disambut dengan penuh gembira oleh peminat di Jepun dan luar negara, dan dengan cepat menjadi sangat popular. Digelar sebagai “Three Heisei Series” atau “TDG” (Tiga, Dyna, Gaia), Tsuburaya ingin meraikan 25 tahun sejak penubuhan Trio ini, dan projek Ultraman Decker merupakan salah satu cara untuk memperingati mereka.

Ultraman Decker akan ditayangkan di Jepun bermula 9 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut tentang siri Ultra ini, sila layari laman web rasmi mereka. Untuk baca segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DynaTokusatsuUltraman Decker
Previous Post

[Review] Persona 4 Arena Ultimax – Pertarungan menentang Shadow berterusan!

Next Post

Seorang TikToker telah hasilkan video MOBILE LEGENDS dengan UI ala-ala PS4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Seorang TikToker telah hasilkan video MOBILE LEGENDS dengan UI ala-ala PS4!

Seorang TikToker telah hasilkan video MOBILE LEGENDS dengan UI ala-ala PS4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd