Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Dreams PSVR: Dunia yang lagi luas & unik dengan sokongan VR!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Game Review, PS4, VR
0 0
0
Ulasan Dreams PSVR: Dunia yang lagi luas & unik dengan sokongan VR!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap kali melangkah ke dunia permainan Dreams, saya selalu diingatkan tentang betapa hebatnya game ini. Tidak kira bagaimana saya menikmati kandungan yang dihasilkan oleh pengguna lain, ia sentiasa hiburkan saya selama berjam-jam. Kini, dengan kemas kini PlayStation VR, dunia Dreams telah bertambah besar, lebih baik, dan semakin pelik.

Dibangunkan oleh Media Molecule dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment, Dreams asalnya keluar pada 14 Februari 2020 tetapi baru semalam (30 Jun 2020) mengumumkan ekspansi sokongan VR. Dibahagikan kepada dua segmen berbeza, kita ada Dream Surfing dan Dream Shaping. Untuk menunjukkan apa yang baru tentang kedua-dua bahagian tersebut dalam versi PSVR, mari kita teruskan ulasan ini!

Dream Surfing

Dream Surfing adalah perpustakaan di mana pengguna boleh mencuba karya ciptaan komuniti. Perpustakaan Dream Surfing mempunyai banyak kandungan berbeza dari seluruh dunia yang terdiri dari pelbagai jenis permainan yang semuanya boleh diakses dengan mudah.

Dengan penambahan sokongan VR, pengguna dapat menikmati permainan video sedia ada dalam cara yang sama sekali baru. Pencipta kini mempunyai pilihan untuk menentukan sama ada mereka mahu karya ciptaan dipadankan dengan VR atau tidak. Anda juga boleh lihat jika permainan video yang pernah anda cuba pada masa lalu kini mempunyai sokongan VR agar dapat mengalaminya sekali lagi dengan lebih mendalam.

Walaupun bermain karya ciptaan komuniti ialah cara terbaik untuk nikmati Dreams, pengguna juga dapat memilih untuk mencuba permainan video Media Molecule sendiri iaitu Art’s Dream VR agar dapat menikmati sebuah permainan dengan tiga jenis “gameplay” yang berbeza serta naratif keseluruhan yang hebat demi menunjukkan potensi penuh pengalaman VR.

Walaupun sebahagian besar permainan masih belum mempunyai kawalan yang serasi dengan move controller (VR), pengguna masih boleh bermain dengan tetapan “default” dahulu. Jangan biarkan isu ini menghalang anda untuk masuk ke dunia menyeronokkan yang penuh dengan kejutan. Setiap permainan yang ada mempunyai ciri-ciri unik dan keperibadian istimewa sendiri seperti game horror P.T versi fan-made, Beat Saber, dan lain-lain.

Dengan kandungan yang terlalu banyak, mestilah permainan yang baik dan yang kurang ideal bercampuk aduk. Untuk mengatasi masalah ini, Dreams menghadirkan fitur like/dislike agar pemain boleh memberikan maklum balas sama ada mereka menikmati permainan itu atau tidak.

Dream Shaping

Untuk bahagian mencipta dengan sokongan VR, pengguna dapat menghasilkan karya dengan lebih tepat berbanding versi asal. Anda kini dapat meletakkan objek dengan lebih tepat dan sesi melukis pun menjadi jauh lebih mudah kerana kita dapat pergerakan yang hampir mirip seperti melukis di kehidupan sebenar.

Untuk pemain baru, mereka sudah tentu akan keliru dan tidak tahu apa yang hendak buat. Jangan risau kerana Media Molecule telah menyediakan tutorial di mana pengguna dapat mempelajari lebih mendalam tentang alat penciptaan VR. Ramai yang mungkin berpendapat bahawa tutorial itu membosankan dan leceh, tetapi saya jamin kepada anda semua bahawa tutorial di dalam Dreams adalah pengalaman yang baru dan menyeronokkan. Tutorial yang diberikan merangkumi bahagian asas-asas, dan juga mendorong pengguna untuk “fikir dari luar kotak” dan menjadi kreatif ketika berkarya.

Sekiranya anda seorang yang tidak mahir dalam mencipta atau ingin menggunakan sesuatu yang anda lihat dari karya orang lain, pengguna boleh memilih untuk menggunakan aset orang lain untuk tambah ke permainan anda. Bukan setakat itu sahaja, Dreams juga menyediakan beberapa templat asas untuk pengguna seperti templat First Person Shooter oleh Media Molecule sendiri.

Walaupun tutorialnya menyeronokkan dan kita boleh ikut rentak sendiri, kadang-kadang perkara masih boleh menjadi rumit dan bermasalah. Siapa yang cakap buat game itu mudah kan? Jika anda sudah puas hati dan gembira dengan ciptaan sendiri, jangan lupa untuk berkongsi kepada dunia agar orang lain boleh main.

Sistem Kawalan

Dalam Dreams, kursor dinamakan sebagai “imp” di mana ia menjadi kaedah pergerakan utama untuk pengguna. Di sini, pengguna mempunyai tiga pilihan berbeza ketika menggerakkan “imp“.

Yang pertama adalah dengan menggunakan DualShock 4 dengan kawalan “motion“. Cara ia berfungsi adalah pengguna akan mengawal kursor “imp” dengan menggerakkan DS4. Bagi saya, kaedah ini adalah yang paling mudah untuk digunakan, tetapi tidak tepat seperti dua kaedah yang lain.

Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan controller Playstation move. Controller ini bertindak seperti “tongkat sihir” di mana anda boleh menggerakkan kursor. Walaupun kaedah ini memberikan ketepatan yang lebih tinggi, ia memerlukan sedikit masa untuk kita membiasakan diri dengan kawalan butang pada controller.

Akhir sekali adalah penambahan baru terbaru sejak akses awal, iaitu penggunaan DualShock 4 tanpa ciri kawalan “motion“. Sebaliknya, kita akan menggunakan joystick kiri pada controller. Pergerakan joystick kiri akan menentukan arah kursor dan ia membolehkan kita melukis butiran kecil dan garis lurus dengan lebih mudah. Malangnya, pengalaman imersif itu secara keseluruhan tidak ada.

Pendapat

Sebaik sahaja anda terbiasa dengan kawalan, pengalaman “imersif” yang ditawarkan oleh Dreams memang lagi padu berbanding dengan versi bukan VR kerana membolehkan pengguna mendalami sebuah dunia yang penuh dengan kandungan luar biasa.

Dreams menawarkan pilihan tanpa had kepada pencipta di seluruh dunia. Dengan senarai peralatan yang luas, pencipta dapat menghidupkan apa yang mereka bayangkan selama ini bersama dengan tutorial yang interaktif dan seronok semua secara percuma. Bagi mereka yang tidak ingin mencipta, Dreams juga menyediakan pelantar di mana pengguna dapat mengakses semua kandungan yang dihasilkan. Dengan mudah saja, kita dapat menghabiskan masa berjam-jam hanya dengan bermain permainan ciptaan orang lain.

Secara keseluruhan, kemas kini PSVR Dreams adalah sesuatu yang bagus dan amat diperlukan. Walaupun baru sahaja dilancarkan, tetapi berdasarkan apa yang saya cuba setakat ini, pilihan tambahan yang diberikan oleh VR hanya menjadikan Dreams lebih menarik. Saya beri masa beberapa bulan sahaja kepada masyarakat, dan saya pasti macam-macam jenis karya lagi inovatif akan diterbitkan.

Beli disini gaiss!
Dreams Universe
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Media Molecule
Release Date: 2020-02-14
PlayStation 4
Cipta segalanya dengan kreativiti dari imaginasi anda! Tidak kiralah dari penciptaan permainan atau alam anda sendiri! Segalanya ada di Dreams!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Dreams PSVR

9 Score

Dreams menawarkan pilihan tanpa had kepada pencipta di seluruh dunia. Dengan senarai peralatan yang luas, pencipta dapat menghidupkan apa yang mereka bayangkan selama ini bersama dengan tutorial yang interaktif dan seronok semua secara percuma. Bagi mereka yang tidak ingin mencipta, Dreams juga menyediakan pelantar di mana pengguna dapat mengakses semua kandungan yang dihasilkan. Dengan mudah saja, kita dapat menghabiskan masa berjam-jam hanya dengan bermain permainan ciptaan orang lain.

PROS

  • Banyak kandungan oleh pemain lain untuk dicuba
  • Penerapan sistem VR yang bagus
  • Permainan yang bina kreativiti

CONS

  • Bukan bagi mereka yang mudah pening
  • Sistem kawalan agak rumit

Review Breakdown

  • Sebaik sahaja anda terbiasa dengan kawalan, pengalaman "imersif yang ditawarkan oleh Dreams memang lagi padu berbanding dengan versi bukan VR kerana membolehkan pengguna mendalami sebuah dunia yang penuh dengan kandungan luar biasa. 0
Tags: dreamsMedia MoleculePS4psvrreviewulasanvr
Previous Post

Headphone Gaming Razer BlackShark V2 & V2 X bersedia meneman anda dalam dunia gaming!

Next Post

Dante bukan solo, Lady sertai dia sebagai “playable character” dalam Devil May Cry Mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Dante bukan solo, Lady sertai dia sebagai “playable character” dalam Devil May Cry Mobile!

Dante bukan solo, Lady sertai dia sebagai "playable character" dalam Devil May Cry Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd