Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Acer AOpen 22CV1Q: kecil-kecil cili padi pada harga RM289!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Monitor, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Acer AOpen 22CV1Q: kecil-kecil cili padi pada harga RM289!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti anda semua tahu, Acer telah memperkenalkan tiga monitor baru di bawah sub-jenama AOpen. Dua monitor terbaru telah kami kongsikan sebelum ini iaitu Monitor Acer AOpen 27HC5RP dan Monitor Acer AOpen 24CL1Y bagi mereka yang suka “curved monitor” dan monitor sederhana besar. Kali ini, saya ingin berkongsi pendapat tentang “adik bongsunya” bernama Acer AOpen 22CV1Q, yang sebesar 22″ dengan refresh rate setinggi 75 Hz!

Walapun ia kecil dan tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi di antara ketiga-tiga monitor di atas, saya ingin menjelaskan mengapa AOpen 22CV1Q masih adalah pilihan yang bagus untuk gamer yang inginkan monitor bajet. Menampilkan paparan 1920×1080 FHD, refresh rate setinggi 75 Hz, serta teknologi BlueLightShield dan Flickerless, anda boleh menikmati visual yang cukup menakjubkan pada harga yang murah. Baiklah, mari kita mulakan ulasan ini!

Visual FHD dan refresh rate 75 Hz

Acer AOpen 22CV1Q mempunyai paparan sebesar 22″ inci dan rekaan bezel nipis di sekeliling untuk meluaskan visual Full HD (FHD) anda. Ramai yang tahu, tetapi tujuan FHD adalah untuk memberi butiran yang lebih terperinci dan warna yang lebih tepat semasa menonton. Saya telah menguji monitor ini semasa menonton filem dan bermain game. Keputusannya adalah pengalaman yang memuaskan walaupun paparan kecil. Ini bermaksud pengguna boleh bermain game pada definisi tinggi di PlayStation 4 atau PC tanpa sebarang masalah.

Mengapa saya kata warnanya tepat? Acer AOpen 22CV1Q mempunyai color gamut sehingga 72% NTSC yang membuat setiap pengalaman menonton anda dilengkapi warna yang terang dan jelas. Bukan itu sahaja, paparan pun lebih lancar tanpa kabur berkat response time serendah 5ms dan refresh rate setinggi 75 Hz. Ini bukanlah yang paling pantas, tetapi cukup bagus jika anda ingin bermain game tanpa unsur kompetitif yang tinggi dan terlebih cukup bagi mereka yang ingin menonton movie atau anime kegemaran.

Mereka yang membeli Acer AOpen 22CV1Q mungkin mempunyai ruang meja yang kecil dan terhad dan tidak ada sususan yang selesa. Jangan risau! AOpen 22CV1Q kekalkan butiran gambar dan warna daripada sudut tontonan sehingga 178°. Jika anda tidak dapat letakkan monitor di posisi yang selesa, itu tiada masalah, kerana gambar masih boleh dilihat dengan jelas walaupun daripada sisi.

Teknologi penjagaan mata

Sayangnya, monitor ini tidak mempunyai panel IPS. Tetapi ada alasan yang kukuh untuk itu. Sebaliknya, monitor VA ini menawarkan teknologi BlueLightShield yang melindungi mata daripada tekanan dan teknologi Flickerless yang mengurangkan unsur “screen flicker” untuk memberikan pengalaman menonton lebih lancar.

Sebagai ujian, saya menggunakan monitor ini untuk sehari (kerja, dan di rumah dengan minimum rehat) dan mendapati mata saya masih segar selepas penggunaan 4-5 jam. Monitor yang memberi gambar bergaris-garis dan warna yang terlalu terang menjadi punca mata kita cepat letih. Tetapi kerana dua teknologi ini, ianya akan mengekalkan stabiliti paparan tanpa merosakkan mata kita. Anda mungkin tertanya.. “Mengapa monitor ini tidak boleh mempunyai IPS dan teknologi BlueLightShield atau Flickerless?” Ini kerana gabungan kedua-dua ciri tersebut sangat mahal. Hanya monitor paling hign-end yang mempunyai kombinasi seperti itu.

Sambungan yang terhad

Sekarang kita pergi ke aspek sambungan. Monitor ini mempunyai satu port HDMI dan satu port VGA. Ia bukanlah konfigurasi yang banyak, tetapi pada nilai harga seperti ini, kita pun tidak boleh meminta banyak. Memang sudah mencukupi. HDMI boleh digunakan untuk berinteraksi dengan semua peranti terbaru manakala VGA dapat menyambung ke desktop dengan mudah. Selain itu monitor ini turut menyediakan VESA Mount yang bantu pengguna untuk mencari kedudukan tontonan mengikut keselesaan mata dan pandangan ideal tersendiri.

SPESIFIKASI Acer AOpen 22CV1Q
Jenis Consumer Monitor
Warna Black
Saiz paparan 21.5”
Kawasan Paparan Aktif (mm) 527.04 x 296.46
Jenis Panel VA
Max. Resolusi dan Refresh Rate 1920×1080 @ 75 Hz
Glare N/A
Masa Respon 5ms (G to G)
Nisbah Kontras 1000:1 (Native)
Kecerahan 200 (cd/m2)
Sudut Pandangan 178° (H), 178° (V)
Warna 16.7 million
Warna gamut 72% NTSC
Bits 8 Bit
Input Signal VGA + HDMI
VESA Wall Mounting 75 x 75mm
Speaker N/A
Power Supply (100 – 240 V) External Adapter
Tilt -5° ~ 20°

Berbaloi atau tidak?

Untuk sesiapa yang mempunyai ruang meja yang terhad, lebih suka skrin yang lebih kecil, atau mahukan monitor yang hebat pada harga yang lebih murah, Acer AOpen 22CV1Q adalah pilihan terbaik. Buat masa ini, Acer AOpen 22CV1Q bernilai sebanyak RM379.00 dan boleh didapati di laman web rasmi Acer serta pengedar sah melalui dalam talian seperti senarai dibawah;

Authorized reseller 
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer https://store.acer.com/en-my
Kedai Dalam Talian Rasmi Acer (Shopee) https://shopee.com.my/m/acer-official-shop
Kedai Dalam Talian Acer – Viewnet (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.viewnet
Kedai Dalam Talian Acer – Just IT (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.justit
Kedai Dalam Talian Acer – NotebookPlaza (Shopee) https://shopee.com.my/acer.os.nbp
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAOpen 22CV1QmonitorProdukUlasan Review
Previous Post

Ultraman Season 2 siri Netflix nampaknya akan ada Tarō lah!

Next Post

Enam kemaskini Ubisoft The Crew 2 – Summer in Hollywood kini boleh didapati!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Enam kemaskini Ubisoft The Crew 2 – Summer in Hollywood kini boleh didapati!

Enam kemaskini Ubisoft The Crew 2 - Summer in Hollywood kini boleh didapati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd