Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Remake
0 0
0
Ubisoft Toronto rasmi memulakan pembikinan untuk Splinter Cell Remake!
Share on FacebookShare on Twitter

Ubisoft akhirnya telah mengesahkan kewujudan Splinter Cell Remake di mana pembangunan kini sudah bermula dan diketuai oleh Ubisoft Toronto. Berikut adalah video teaser:

Third Echelon stand by….

A Splinter Cell remake is underway at @UbisoftToronto. Learn more about the project and how you could join the team:https://t.co/XOeGAfS7ac pic.twitter.com/9gqZEJ9OyJ

— Ubisoft (@Ubisoft) December 15, 2021

Game asal – Tom Clancy’s Splinter Cell – telah dilancarkan pada tahun 2002 di pelbagai platform termasuk PS2 dan Xbox lalu dipuji pada masa itu kerana grafiknya yang mengagumkan dan aksi “stealth” yang menarik, manakala entri terakhir dalam siri ini iaitu Splinter Cell: Blacklist keluar di PS3, Xbox 360 dan Wii U pada tahun 2013.

Splinter Cell (Video Game 2002) - IMDb
Tom Clancy’s Splinter Cell (2002)

Menurut kata penerbit, game ini akan dibina semula “dari bawah ke atas” dan akan menggunakan enjin ‘Snowdrop’, enjin baharu yang juga digunakan untuk dua juduk akan datang – Avatar: Frontiers of Pandora dan game Star Wars yang tidak dinamakan. Enjin ini dikatakan akan menyampaikan “visual dan gameplay generasi baharu, serta pencahayaan dan bayang dinamik yang membuatkan siri ini terkenal,” kata Ubisoft.

Belum ada tarikh keluaran pasti tetapi pembangun berkata sedang mencari bakat untuk menggilap lagi judul. Buat masa ini, kita semua boleh menganggap bahawa Remake ini masih dalam peringkat awal. Dalam temu bual yang diterbitkan di laman web Ubisoft, mereka yang bekerja di projek itu mendedahkan lebih banyak maklumat tentang remake ini.

“Bagi saya, sebuah remake mengambil apa yang anda akan lakukan dalam remaster dan melangkah sedikit lebih jauh dengannya. Splinter Cell asal mempunyai banyak perkara yang menakjubkan dan merevolusikan semasa ia dikeluarkan pada 19 tahun yang lalu.”

“Masyarakat gaming sekarang mempunyai selera yang lebih khusus. Jadi, saya rasa ia mesti jadi remake berbanding remaster”.

kata penerbit Matt West Read.

Jika masih berminat untuk tahu lebih, anda boleh baca lebih lanjut tentang Splinter Cell Remake dari Pengarah Kreatif Chris Auty, Penerbit Matt West dan Penerbit Teknikal Peter Handrinos di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: RemakeSplinter CellSplinter Cell Remakeubisoft
Previous Post

Postknight 2 hadir dengan pelbagai perubahan – Temu ramah bersama Yiwei P’ng dari Kurechii!

Next Post

MtG Kamigawa menampilkan visual Ukiyo-e cantik untuk expansion baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MtG Kamigawa menampilkan visual Ukiyo-e cantik untuk expansion baru!

MtG Kamigawa menampilkan visual Ukiyo-e cantik untuk expansion baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd