Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft Dakwa Assassin’s Creed Shadows Tepat Dari Segi Sejarah, Bikin Kemarahan Komuniti Jepun

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2024
in ARPG, Artikel, Berita
0 0
0
Ubisoft Dakwa Assassin’s Creed Shadows Tepat Dari Segi Sejarah, Bikin Kemarahan Komuniti Jepun
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Shadows menghadapi banyak kontroversi selepas didedahkan, terutamanya berkaitan Yasuke, seorang lelaki kulit hitam, yang dipilih sebagai salah satu protagonis utama sedangkan latar belakang game adalah bandar bersejarah Jepun.

🧵The Japanese are FURIOUS the Assassin’s Creed Shadows developers are saying “this is historical fact” https://t.co/F5lJ1chRKN pic.twitter.com/ydU9ImzLWE

— packergirl (@p9cker_girl) June 15, 2024

Respon negatif ini masih kuat di kalangan komuniti gamer Jepun, lagi-lagi selepas IGN Japan mengeluarkan temu bual dengan Associate Narrative Director Brooke Davies mengenai game itu baru-baru ini.

Sebahagian daripada kekecewaan orang Jepun disebabkan kerana; Yasuke diberi peranan yang jauh lebih besar daripada versi sebenar. Dari segi sejarah, Yasuke memang wujud dan mungkin berasal dari Afrika. Dia berkhidmat sebagai salah satu askar kepada Oda Nobunaga, seorang daimyo hebat semasa Era Sengoku.

Kredit: Ubisoft

Statusnya sebagai samurai menjadi punca debat di kalangan ahli sejarah kerana tidak banyak tentang kehidupannya telah direkodkan, di mana ada yang mendakwa dia hanyalah askar berpangkat rendah semasa peperangan.

Dalam temu bual itu, Davies menjelaskan bahawa jalan cerita Assassin’s Creed Shadows ialah sejarah fiksyen di mana penulis menggunakan kebebasan yang diberi, untuk mencipta sejarah Jepun berbeza, dengan mengisi ruang kosong pada tempoh atau butiran yang tidak jelas.

Kredit: Ubisoft

Ini menimbulkan kekecewaan di kalangan peminat Jepun bagi siri ini kerana mereka percaya Ubisoft mengubah sejarah tertentu dengan kandungan fiksyen, lalu mempromosikannya sebagai “kandungan tulen” dari segi sejarah. Ada juga yang kata bahawa “mengisi ruang kosong dengan fiksyen” adalah cara yang salah, dan seolah-olah tidak menghormati sejarah.

Berikut adalah beberapa komen daripada para gamer Jepun (diterjemahkan ke Bahasa Melayu):

【動画】『アサシン クリード シャドウズ』シナリオ担当の開発者にインタビューhttps://t.co/hzKu3C1F0Q pic.twitter.com/oXblChlLJJ

— IGN Japan (@IGNJapan) June 13, 2024

“Tidak cukup dengan hanya mengisi tempat kosong dengan fiksyen dan mempromosikannya seolah-olah ia fakta sejarah, tetapi mereka mengubah bahagian yang tidak kosong dengan fiksyen dan mempromosikannya seolah-olah ia fakta sejarah.”

“Bukan idea yang baik untuk mengatakan mengisi kekosongan sejarah. Saya tertunggu-tunggu kisah yang berlatarkan di Jepun, jadi ia mengecewakan.”

“Jika anda kata ini adalah [game] fantasi gaya Jepun, orang Jepun tidak kisah, – ‘Oh, ini adalah Jepun palsu yang biasa difikirkan oleh orang Barat,’ – tetapi anda [Ubisoft] harus faham bahawa anda menimbulkan kemarahan mereka dengan mengatakan perkara seperti , ‘Kami setia kepada fakta sejarah.”

Kredit: Ubisoft

Secara ringkas, orang Jepun bimbang bahawa sejarah negara mereka disalah tafsir, lagi-lagi oleh game AAA yang sepatutnya kekal tulen kepada kisah yang berlaku dalam sejarah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin’s Creed Shadowsubisoft
ShareTweetSend
Previous Post

‘Yu-Gi-Oh! OCG Duel Monsters Legacy Of Destruction’ Sudah Keluar Untuk OCG English Edition Asia!

Next Post

“Membawa MOBA Paling Hangat Di China Ke Platform Global” – Interviu Eksklusif Honor of Kings

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
“Membawa MOBA Paling Hangat Di China Ke Platform Global” – Interviu Eksklusif Honor of Kings

"Membawa MOBA Paling Hangat Di China Ke Platform Global" - Interviu Eksklusif Honor of Kings

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd