Siri anime Nanatsu no Taizai atau The Seven Deadly Sins oleh Nakaba Suzuki akhirnya telah tamat dengan pelancaran musim terakhir, Dragon’s Judgment Part 2. Walaupun ada beberapa isu yang berkontroversi, kita harus mengakui siri fantasi epik ini berjaya berakhir dalam keadaan “gembira,” bersama kesimpulan yang memuaskan untuk setiap watak penting. Di sini, saya akan ceritakan kesudahan bagi setiap watak utama The Seven Deadly Sins dalam musim finale.
AMARAN! Info di bawah mengandungi spoiler besar untuk The Seven Deadly Sins: Dragon’s Judgment Part 2, yang kini boleh ditonton di Netflix.
Escanor meninggal dunia dalam cara paling mulia
Escanor, secara tragis, adalah satu-satunya anggota Seven Deadly Sins yang tidak hidup pada penghujung siri ini. Dalam pertarungan melawan Demon King, Escanor meninggal dunia kerana beban menanggung kuasa Sunshine yang hebat. Escanor tidak pernah merasa erti persahabatan sehinggalah dia menyertai Seven Deadly Sins, dan secara sukarela, sanggup mengorbankan nyawa untuk sahabatnya yang berharga. Kesudahan Escanor sebenarnya adalah “happy ending” dalam caranya sendiri, di mana Escanor meluahkan cintanya kepada Merlin, walaupun hakikatnya, dia tahu Merlin tidak akan membalas perasaan ini. Tanpa duga, Merlin mencium selamat tinggal kepada Escanor tanpa menghiraukan api yang menjadi parut di mukanya sebagai bukti bahawa Escanor pernah wujud, pernah mencintai, dan dicintai orang lain.
Hawk berjaya menemui ahli keluarga yang disangka hilang
Salah satu anggota terhormat dari Seven Deadly Sins, Hawk meneruskan perjalanannya seorang diri selepas berpisah dengan semua orang. Dia memutuskan untuk pergi ke Purgatory demi menandakan kubur bagi abangnya, yang ditemui oleh Meliodas dan Ban semasa mereka terperangkap di Purgatory. Dengan bantuan dari Merlin, Hawk melangkah masuk ke alam Purgatory dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya yang kejam. Akhirnya, dia berjaya mengesan abangnya, Wild dalam adegan penuh emosi.
Gowther ingin mencari hala tuju baru
Setelah pengakhiran Holy War, Gowther merancang untuk mencari hala tuju baru dengan mengembara seorang diri. Dia menolak jemputan dari Diane dan King untuk tinggal bersama mereka, dan mengatakan bahawa dia tahu ke mana dia hendak pergi dan yakin dirinya tidak akan bersendirian kerana ahli Deadly Sins lain akan selalu menjadi temannya. Gowther sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dia lakukan, jadi dia merancang untuk menjelajah sehingga dia mengenal pasti apakah niatnya. 10 tahun kemudian, Gowther kembali ke kerajaan Liones sempena hari jadi Tristan (anak lelaki Meliodas dan Elizabeth), lalu memberinya sebuah “hadiah istimewa” yang diisi dengan kenangan pengembaran Seven Deadly Sins.
Merlin Dan Arthur mengasaskan kerajaan baru
Setelah menghidupkan Arthur semula sebagai King of Chaos, Merlin memilih untuk kekal di sisinya, dan bersumpah untuk menggunakan kuasa baru Arthur demi mengasaskan kerajaan baru yang aman damai. Pasangan ini tidak muncul di episod finale dan saya pun tidak pasti jika tindakan Merlin (dengan melepaskan Chaos) telah menimbulkan perselisihan faham antara dia dan ahli-ahli lain. Merlin merupakan satu-satunya anggota yang tidak datang untuk perayaan hari jadi Tristan.
King dan Diane akhirnya berkahwin
Semasa klimaks pertarungan dengan Demon King, King secara tergesa-gesa telah melamar Diane, yang dengan gembira, menerima pelawaan tersebut. Setelah berakhirnya Holy War, pasangan itu kembali ke Fairy Forest untuk mula merancang perkahwinan mereka. 10 tahun kemudian, mereka kembali ke Liones untuk menyambut hari jadi Tristan, di mana Diane memuji Tristan “sangat comel” kerana kelihatan seperti versi mini Meliodas dan Elizabeth. Namun, King berpendapat bahawa anak dia dan Diane lebih comel.
Ban dan Elaine melahirkan anak
Ketika semua berpisah, Ban dan Elaine mengumumkan bahawa mereka akan mengembara ke seluruh Britannia agar Ban dapat mencuba pelbagai jenis bir. 18 bulan kemudian, Elaine hamil dengan anak pertama Ban, yang kemudian dinamakan sebagai Lancelot. Gerheade menyatakan bahawa ini akan menjadi anak pertama yang dilahirkan oleh manusia dan kaum pari-pari. Hanya Ban sahaja yang pergi ke Liones untuk hari jadi ke-10 Tristan. Yang lucunya, Tristan menganggap Seven Deadly Sins sebagai kumpulan penjenayah, Ban mendapati perkara ini lucu kerana Meliodas tidak memberitahu kisah benar kepada Tristan.
Meliodas dan Elizabeth menaiki takhta Liones serta melahirkan anak bernama Tristan
Meliodas dan Elizabeth adalah satu-satunya ahli Deadly Sins yang tinggal di Liones setelah tamatnya Holy War. Dalam masa 18 bulan sejak itu, mereka kini digelar sebagai Raja dan Permaisuri dan sedang menjangkakan kelahiran anak pertama. Bartra Liones, ayah Elizabeth, mempunyai visi bahawa anak itu akan berjantina lelaki, di mana Meliodas kemudian memberi nama Tristan.
Pada hari ulang tahunnya yang ke-10, Tristan (yang menganggap Seven Deadly Sins sebagai penjenayah) mendengar khabar angin bahawa mereka akan berkumpul. Meliodas tidak memberitahu seluruh kisah sebenar kerana anggap cara ini lebih seronok dan kelakar. Walaupun mereka adalah pemerintah terbaru Liones, ternyata Meliodas dan Elizabeth cukup disayangi oleh rakyat sehingga seluruh warga datang untuk meraikan hari jadi Tristan.
Maka, tamatlah kisah The Seven Deadly Sins di kedua-dua manga dan anime tetapi itu bukan kesudahan sebenar! Sensei Nakaba Suzuki telah menghasilkan siri sekuel yang berlangsung 16 tahun selepas kekalahan Demon King berjudul Mokushiroku no Yon-kishi (The Four Knights of the Apocalypse) yang mengikuti watak bernama Percival bersama rakan-rakannya. Jadi, ada banyak lagi yang terjadi. Buat masa ini, itu sahaja rumusan saya bagi kesudahan watak utama The Seven Deadly Sins dalam musim finale.
Untuk segala liputan kami tentang Nanatsu no Taizai, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post