Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Nun II Review — Pertemuan Semula Sister Irene dan Biarawati Syaitan, Valak!

Maira by Maira
September 6, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
The Nun II Review — Pertemuan Semula Sister Irene dan Biarawati Syaitan, Valak!

Sumber: Warner Bros. Pictures

Share on FacebookShare on Twitter

Biarawati yang menyeramkan kembali menghantui selepas lima tahun dalam filem sekuel, The Nun II. Kami telah berpeluang untuk menonton The Nun II lebih awal. Terima kasih banyak-banyak Warner Bros. kerana menjemput kami. Tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami untuk The Nun II!

Sudah lima tahun sejak tayangan filem The Nun pada 2018. Kita sudah tahu bagaimana Valak dipanggil ke dunia dan mula menghantui kehidupan mereka yang berada di gereja sehingga keluarga Warren menemui syaitan itu.

Tetapi sebelum kami teruskan dengan review ini, jom kita imbau kembali perkara yang berlaku dalam filem pertama. kita telah bertemu dengan Sister Irene (Taissa Farmiga), Father Burke dan Maurice (Jonas Bloquet) yang terselamat selepas serangan hebat daripada Valak (Bonnie Aarons), setan yang menyerupai biarawati. Tetapi pada pengakhir filem, kita telah mendapati bahawa Maurice telah dirasuk oleh syaitan tersebut. Dan di sinilah datangnya filem sekuel ini.

Sumber: Warner Bros. Pictures

The Nun II membawa kita ke Perancis, 1956, empat tahun selepas kejadian di Saint Carta. Kita dikejutkan dengan kes pembunuhan paderi dan biarawati. Disebabkan itu, Sister Irene sekali lagi dipanggil untuk menyiasat perkara yang sedang berlaku. Tetapi memandangkan sesuatu yang buruk telah berlaku pada Father Burke, Irene terpaksa menyiasatnya seorang diri. Tetapi Sister Debra (Storm Reid) telah mengikutinya, maka mereka berdua dalam perjalanan untuk menjejaki syaitan yang telah kembali membuat huru-hara tersebut. Macam-macam telah berlaku dan akhirnya Sister Irene bertemu semula dengan Maurice, maka bermulalah misi untuk hapuskan syaitan.

Sumber: Warner Bros. Pictures

Kalau filem pertama diperkenalkan sebagai prekuel kepada Conjuring 2, sekuel ini pula lebih kepada “penghubung” kepada kedua-dua filem tersebut. Lebih menarik sekali, Valak dalam filem ini lebih aktif dalam menunjukkan dirinya berbanding filem-filem sebelum ini. Bukan setakat itu sahaja, terdapat syaitan lain yang muncul dalam filem ini. Ia kelihatan seperti Baphomet tetapi kelihatan seperti kambing sepenuhnya. Bila lihat syaitan itu mula mengejar mangsanya, boleh rasa seramnya itu.

Penamatnya hampir sama seperti filem pertama dan Sister Irene nampaknya ada plot armor yang kuat. Boleh pula dia terselamat tanpa menggunakan sebarang senjata. Kalau filem pertama, ada jugalah melibatkan senjata pistol. Tetapi bukan untuk filem ini.

Sumber: Warner Bros. Pictures

Bercerita tentang suasana dalam filem itu, ia masih dipenuhi tempat gelap dengan lorong yang menyeramkan dan apatah lagi chapel lama di sekolah berasrama penuh itu. Walaupun filem ini serius hampir sepanjang masa, terdapat detik tenang antara Maurice dan watak baharu, Kate dan Sophie. Sophie merupakan salah satu watak penting dalam filem itu kerana dia membantu Sister Irene semasa cuba menghentikan Valak.

Kami tidak rasa begitu banyak jumpscare dalam filem ini kerana banyak antaranya boleh diramalkan dengan mudah. Jadi mereka yang takut dengan jumpscare mempunyai banyak masa untuk siap sedia untuk babak-babak yang mengejutkan. Walaupun begitu, ada juga jumpscare yang berjaya membuatkan kami terkejut.

Sumber: Warner Bros. Pictures

Kesimpulan

Sejujurnya, kami lebih suka The Nun II berbanding filem pertamanya. Binaan untuk plot agak baik, tidak terlalu tergesa-gesa dan tidak terlalu perlahan. Saat Sister Irene bertemu semula dengan Maurice adalah permulaan kepada kisah ngeri, detik-detik mendebarkan dan beberapa aksi yang hebat. Terkejut juga melihat Sister Debra cuba lawan Maurice yagn dirasuk itu. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dari segi pembinaan watak, kami memang enjoy menontonnya. Kalau anda seseorang yang menonton Conjuring Universe, bolehlah tonton The Nun II apabila ia tersedia di pawagam 7 September ini!

© 2023 Incubase Studio

Terdapat juga “The Conjuring Universe Tour” yang sedang berlangsung di The Curve Shopping Mall, Petaling Jaya. Ianya berlangsung bermula 26 Ogos sehingga 19 November 2023. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Nun II

7 Score

PROS

  • Persembahan terbaik oleh barisan pelakon
  • Satu tambahan baik kepada Conjuring Universe

CONS

  • Jumpscare yang boleh diramal
  • Mudah keliru jika anda tidak tonton filem pertama

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: The Nun 2The Nun II
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Psycho-Pass Providence Bakal Tayang 14 September Ini! Fan Screening Juga Ada! [UPDATE]

Next Post

Game Kucing Popular, STRAY Bakal Dapat Adaptasi Filem Animasi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Game Kucing Popular, STRAY Bakal Dapat Adaptasi Filem Animasi!

Game Kucing Popular, STRAY Bakal Dapat Adaptasi Filem Animasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd