Shinji Mikami dan Tango Gameworks telah mengumumkan Ghostwire: Tokyo, sebuah game next-gen action-adventure yang akan hadir di konsol secara eksklusif untuk PlayStation 5 dan PC pada tahun 2021. Di bawah ialah video gameplay Ghostwire: Tokyo yang dirakam di PlayStation 5:
Sinopsis:
Tokyo kini di bawah ancaman paranormal. Setelah sebuah peristiwa ghaib menyebabkan kehilangan 99% penduduk bandar, hanya anda saja yang mampu menyelamatkannya dengan bantuan kuasa paranormal yang terbentuk dalam badan. Terokai sebuah bandar yang menggabungkan astetik pemandangan moden dan kuil-kuil kuno semasa melenyapkan kuasa jahat serta lengkapkan diri dengan abiliti-abiliti hebat yang boleh ditingkatkan, ketika berhadapan dengan kuasa jahat (yang dinamakan sebagai Visitor).
Amewarashi: Entiti ini muncul dalam bentuk anak kecil dengan baju hujan kuning. Berasal daripada emosi kesedihan yang melampau kerana terpisah dengan ibu bapanya, dan perwatakannya yang nakal, Amewarashi akan meminta bantuan dan menyeru roh-roh lain jika rasa terancam.
Shiromuku: Shiromuku ialah sejenis kimono putih tradisional khas untuk perkahwinan. Walaupun dia kelihatan seperti pengantin perempuan, Visitor ini merupakan manifestasi fizikal untuk emosi yang kuat dan melambangkan penyesalan dan perasaan terhadap pasangan yang tidak pernah dapat dia kahwin.
Kuchisake: Diilhamkan oleh kisah dongeng sebenar, Kuchisake-onna adalah musuh yang kuat dan pantas, dan mampu dekatkan diri dengan cepat untuk menyerang anda dengan pisau guntingnya yang besar. Hati-hati apabila dia bertanya “Adakah saya cantik?”. Tiada jawapan yang betul.
Setiap semangat mempunyai gaya serangan dan kelemahan sendiri, jadi anda perlu menggabungkan abiliti dengan cara yang berbeza untuk sepadan dengan setiap pertempuran yang unik.
Roh jahat yang berkeliaran bukanlah satu-satunya ancaman. Penyebab kehilangan populasi penduduk, penampilan Visitor, dan kemunculan abiliti anda ialah sebuah organisasi misteri yang memakai topeng “Hanya“. Siapakah mereka, apa yang mereka mahukan dan bagaimana mereka akan berinteraksi dengan anda, masih menjadi satu misteri.
Kelebihan Ghostwire: Tokyo di PS5?
“Di Ghostwire: Tokyo, anda akan mendengar bunyi yang biasanya tidak ada di kehidupan sebenar. Harapan kami untuk bunyi 3D, adalah untuk membuatkan pemain rasa terdorong untuk mencari dan mengenal pasti apa yang menyebabkan bunyi tersebut.” -Kenji Kimura, Pengarah Permainan di Ghostwire: Tokyo.
Dia bersambung:
Abiliti istimewa untuk pemain berkait rapat dengan pergerakan tangan. Ini sesuai untuk fitur baru PS5 iaitu kawalan haptik di controller dan trigger adaptif.”
Itu sahaja maklumat saya ada buat masa ini. Ghostwire: Tokyo akan dilancarkan untuk PS5 dan PC pada 2021. Baca info lain tentang konsol PS5 dan permainan videonya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post