Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2026] Hampir Ditamatkan Sedekad Lalu, Sonic Bangkit Semula Untuk Sambut 35 Tahun Kegemilangan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Game, Industri, Komik, Temuramah
0 0
0
[TGS2026] Hampir Ditamatkan Sedekad Lalu, Sonic Bangkit Semula Untuk Sambut 35 Tahun Kegemilangan
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tokyo Game Show 2026, suasana di ruang pameran Sonic the Hedgehog masih nampak meriah.

Tiga dekad setengah selepas kelibat biru itu mula memecut di pentas Sega Genesis, Takashi Iizuka selaku Sonic Creative Officer meluangkan masa berkongsi tentang perjalanan jenama ikonik ini daripada detik kelahirannya, kedudukannya hari ini, sehinggalah ke haluan masa depan.

Takashi Iizuka (Sonic Creative Officer) | Kredit: Digital Braves

Daripada nostalgia, perkongsian beliau lebihkan analisis tentang falsafah reka bentuk, cabaran artistik, serta keberanian mengubah hala tuju yang berjaya memberi nafas baharu kepada maskot kebanggaan Sega tersebut.

Dari Asas Sonic Adventure Hingga Format Open Zone

Kredit: SEGA

Bagi pengikut setia, daya tarikan utama Sonic sejak dahulu adalah keseronokan momentum. Sungguhpun begitu, memindahkan sensasi pecutan ekstrem ke dalam dimensi 3D menjadi antara teka-teki paling rumit dalam reka bentuk gaming.

Menekankan fasa peralihan terbesar francais ini, Iizuka merujuk Sonic Adventure (1998) sebagai ujian yang merombak segala tradisi lama.

“Sonic pada asalnya ialah watak 2D berasaskan seni pixel-art. Itulah kali pertama dia diubah menjadi 3D dan berlari pada kelajuan tinggi di dunia 3D,” imbas Iizuka.

“Sonic mula bercakap, dan muziknya juga bertukar kepada genre rock. Banyak perubahan berlaku melalui siri Sonic Adventure. Malah hari ini, selepas 35 tahun, siri itulah yang menjadi asas kepada siri moden Sonic.”

Kredit: SEGA

Beliau tidak menafikan bahawa cabaran navigasi ruang 3D pada era tersebut amat memerah otak pasukan pembangun.

Demi mengelakkan pemain hilang punca ketika memecut, Sonic Team memperkenalkan dua inovasi: sistem kamera pintar yang membimbing hala tuju pemain ke garisan penamat tanpa memerlukan kompas dalaman, serta mekanik Homing Attack yang memudahkan ketepatan serangan di ruang tiga dimensi.

Kredit: SEGA

Formula tersebut terbukti menjadi. Pendekatan tersebut terus diwarisi rentas generasi reka bentuk platforming sehinggalah kemunculan Sonic Frontiers pada tahun 2022.

Melalui game tersebut, koridor larian linear digantikan dengan kebebasan format “Open Zone”; satu percaturan berani yang terbukti tepat apabila mencatat rekod jualan global melebihi lima juta unit.

Bagi Iizuka, pencapaian ini menjadi bukti kukuh bahawa identiti larian Sonic mampu melepasi sempadan konvensional, sekali gus membuka potensi untuk evolusi seterusnya.

Kredit: SEGA

Menyentuh tentang pelarasan kawalan yang sering menjadi perdebatan, beliau mendedahkan bahawa “ilusi kepantasan” sebenarnya banyak bergantung pada interaksi antara “level design” dan sistem fizikal.

“Bila bercakap tentang kawalan dan cara mengawal pergerakan Sonic pada kelajuan tinggi, boleh dikatakan tiada istilah jawapan yang mutlak,” jelas beliau.

Rahsia sebenar terletak pada topografi laluan.

“Jika anda hanya berlari di atas lebuh raya yang lurus, anda tidak akan benar-benar merasai kelajuan itu. Anda perlukan selekoh dan bukit. Elemen-elemen inilah yang membuatkan kelajuan itu terasa puas dan menyeronokkan.”

Kredit: SEGA

Meskipun Iizuka memilih untuk berahsia tentang mekanik baharu bagi judul utama masa depan (sambil bergurau enggan memberi sebarang spoiler), beliau menegaskan bahawa tempo pantas Sonic adalah perisai kreatif mereka. Sangat sedikit game di pasaran yang bergerak pada kelajuan sebegitu.

Justeru, meletakkannya dalam latar pengembaraan, open-world, mahupun format yang asing tetap akan menghasilkan kelainan tersendiri dalam industri.

Peluang Game Solo Watak Sampingan dan Pemisahan Siri Modern Serta Classic

Thank you SO MUCH for the overwhelming amount of incredible submissions to our 35th Anniversary Fan Art Showcase! We're excited to share some of our favorite selections soon! pic.twitter.com/gb6sHMRFCW

— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) August 5, 2026

Dunia Sonic semakin meriah dengan pelbagai watak seiring dengan perkembangan naratifnya. Tidak hairanlah jika khalayak kerap menyuarakan hasrat agar watak kegemaran mereka diberi ruang beraksi secara solo, mengulangi jejak langkah Shadow pada tahun 2005.

Iizuka menyambut baik aspirasi tersebut sambil meluahkan rasa sayangnya terhadap barisan watak seperti Tails, Knuckles, dan khususnya kumpulan penyiasat unik, Chaotix Detective Agency.

Kredit: SEGA

“Secara peribadi, saya sangat suka konsep Chaotix Detective Agency. Saya teringin melihat game di mana mereka menjadi watak utama pada suatu hari nanti,” akui beliau.

Realiti produksi bagaimanapun memerlukan keutamaan yang ketat.

“Sumber kami terhad, dan kami memikul tanggungjawab untuk terus menghasilkan game-game baharu Sonic. Disebabkan itu, agak susah untuk memberi tumpuan kepada watak-watak lain.”

Menggantikan ketiadaan game spin-off, Sonic Team mengambil jalan tengah: memperkasakan peranan watak sokongan dengan fungsi bermakna serta seronok dikendalikan di dalam game utama demi memuaskan hati semua lapisan peminat.

Bagi menyeimbangkan kehendak antara pencinta elemen nostalgia dan penggemar visual moden, Sega menetapkan dasar korporat yang jelas pada tahun 2021 melalui pembahagian dua teras utama yang bergerak secara bebas: Modern Sonic dan Classic Sonic.

Kredit: SEGA

Di bawah hala tuju ini, Modern Sonic menggalas peranan menyajikan aksi 3D sinematik berprofil tinggi, manakala Classic Sonic memelihara warisan side-scrolling berasaskan momentum seperti yang dapat dinikmati melalui Sonic Mania dan Sonic Superstars.

Pengasingan ini membolehkan kedua-dua variasi dibangunkan seiring tanpa mengorbankan identiti asal mahupun menyekat pembaharuan kontemporari.

Menghubungkan Penonton dengan Game Menerusi Cerita Baharu

Kehadiran filem live-action terbitan Hollywood pada tahun 2020 telah mencetuskan lonjakan demografi luar biasa, menarik jutaan penonton baharu yang mengenali sang landak biru melalui layar perak berbanding konsol permainan video.

Merapatkan jurang antara khalayak pawagam dengan komuniti gamer tegar sekarang diletakkan sebagai agenda utama pasukan pembangun.

Demi membina jambatan tersebut, Iizuka mendedahkan bahawa Sega akan mengetengahkan pengalaman interaktif yang lebih menitikberatkan kedalaman cerita bermula daripada mercu tanda ulang tahun ke-36 dan seterusnya.

Langkah awal ke arah naratif ini dimulakan menerusi tayangan animasi pendek istimewa yang dilancarkan secara percuma di YouTube sempena sambutan tahun ke-35. Menurut Iizuka, projek ini membawa kesan yang menyentuh hati:

“Ia sebuah kisah indah yang saya percaya mampu menyentuh hati dan membuatkan peminat lama Sonic menitiskan air mata.”

Pendekatan cerita sebegini, digandingkan dengan aktiviti lapangan interaktif, dirangka khusus agar sesiapa sahaja (sama ada pengkaji sejarah mahupun penonton kasual file) dapat menghayati dunia Sonic tanpa dibataskan pengetahuan atau kemahiran.

Menyatukan Peminat Melalui Multiplayer dan Acara Interaktif

Sebahagian besar daripada sejarah 35 tahun Sonic memfoksukan tentang kepuasan individu… seperti melakukan speedrun menentang masa. Namun, kempen ulang tahun kali ini meruntuhkan tembok “kesendirian” itu dengan mengangkat panji “berseronok bersama-sama.”

“Banyak game Sonic sebelum ini dimainkan secara individu, jadi wujud tanggapan kuat bahawa ia adalah game solo,” ulas Iizuka.

“Peminat Sonic sekarang semakin bertambah di seluruh dunia. Jadi untuk ulang tahun ke-35 ini, kami mahu mencipta pengalaman di mana semua orang boleh bermain dan berseronok bersama, walaupun mereka tidak bertutur dalam bahasa yang sama.”

Kredit: SEGA

Peralihan ke format multiplayer dijelmakan menerusi pelbagai inisiatif serentak. Di alam maya, game lumba Sonic Racing: CrossWorlds menyediakan medan lumba online, termasuk penganjuran World Championship bulan depan bagi memahkotakan pelumba terpantas dunia.

Sementara itu, penampilan Sonic Pico Park menyajikan dinamik luar biasa yang memerlukan komunikasi dan kerjasama erat sehingga lapan pemain secara masa nyata. Sambutan ini disemarakkan lagi melalui konsert jelajah antarabangsa serta perhimpunan komuniti secara bersemuka.

The 5th Chaos Emerald is now visible on Chaos Hunt HQ! Play the Special Stage to find the hidden Emerald for an entry with a chance to win an all expense trip to Club Chaos!

Join the Chaos Hunt: https://t.co/6zMYcvrZ9F pic.twitter.com/kE4x61bfyE

— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) August 8, 2026

Kebersamaan ini turut dibawa ke dunia sebenar menerusi Sonic Chaos Hunt, eksperimen yang dilancarkan di bandar-bandar utama Amerika Syarikat termasuk Los Angeles, New York, dan San Diego.

Peserta yang mendaftar menerima notifikasi mengejut apabila batu Chaos Emerald dikesan di lokasi fizikal tertentu, lalu mengumpulkan peminat untuk memburu permata mistik tersebut secara beramai-ramai. Inisiatif interaktif ini akan mencapai kemuncaknya dalam festival Club Chaos di New York pada bulan hadapan.

Kolaborasi Antara Jenama

Kemampuan Sonic menyerap ke dalam budaya popular arus perdana berakar daripada reka bentuk asalnya.

“Sejak awal lagi, Sonic tidak direka khusus sebagai watak kanak-kanak, tetapi sebagai watak yang ranggi, bergaya, dan nampak hebat di mata remaja,” tegas Iizuka. “Kami mahu dia menjadi watak yang membolehkan orang dewasa sekalipun memakai baju-T Sonic tanpa rasa kekok.”

Falsafah gaya ini diterjemahkan ke dalam kerjasama berprofil tinggi, antaranya gandingan bersama fesyen mewah, Balenciaga.

It's (finally) time.

Sonic x Fortnite is now live. pic.twitter.com/kggTZfjQYZ

— Sonic the Hedgehog (@sonic_hedgehog) August 20, 2026

Sebaliknya, merangka crossover antara IP dalam ekosistem gaming menuntut logik naratif. Hal ini terbukti menerusi penampilan Sonic dalam musim Override Season bagi game Fortnite, yang akhirnya direalisasikan selepas bertahun-tahun sekadar menjadi khabar angin.

Iizuka menjelaskan bahawa rundingan tersebut berlarutan agak lama kerana terhalang oleh kekangan identiti serta mekanik asas.

“Fortnite ialah game yang menggunakan senjata api, sedangkan Sonic bukanlah watak yang menggunakan senjata. Ada juga kekangan dari segi saiz badannya,” kongsi beliau.

Kebuntuan itu diselesaikan tahun ini menerusi sesi “brainstorming” bersama Epic Games: Tails bertindak mencipta “Android Sonic” sebagai proxy untuk terjun ke dalam battle royale, sekali gus memelihara integriti dan prinsip asal watak Sonic.

Pendekatan yang sama mewarnai Sonic Racing: CrossWorlds, yang mengumpulkan pelbagai jenama gergasi seperti Minecraft, Teenage Mutant Ninja Turtles, dan PAC-MAN, sehinggalah ikon anime ternama seperti Godzilla serta Neon Genesis Evangelion.

Iizuka tidak berselindung tentang cabaran di sebalik usaha tersebut, mengakui bahawa penolakan dan kegagalan rundingan adalah perkara biasa. Rakan kongsi yang berjaya diperoleh lahir daripada komitmen Sonic Team yang cipta litar serta jentera khas berpandukan kekuatan IP rakan usahasama.

Beliau turut menambah keterujaan peminat dengan mengacah pengumuman fasa seterusnya bagi kandungan CrossWorlds Season Pass 2 akan menyusul bulan hadapan selepas pengenalan Godzilla dan Evangelion.

Menyelamatkan Sonic daripada Pembatalan

Kredit: SEGA

Melihat posisi jenama ini sekarang, ramai yang terlupa bahawa sekitar sepuluh tahun lalu, hayat maskot ini pernah berada di hujung tanduk. Mengulas semula detik kebangkitan, Iizuka berkongsi tempoh cabaran tersebut secara terbuka.

“Saya mula berpindah ke Los Angeles kira-kira 10 tahun lalu,” cerita Iizuka.

“Pada masa itu, populariti Sonic benar-benar merosot. Pihak syarikat merasakan pelaburan lanjut ke atas Sonic hanyalah satu pembaziran. Ketika itu, timbul keputusan yang sangat penting sama ada mahu menamatkan jenama Sonic sepenuhnya atau meneruskannya dalam skala yang sangat kecil.”

Kredit: SEGA

Titik tolak pemulihan bermula daripada sambutan luar biasa terhadap Sonic Mania serta kesungguhan produksi Sonic Forces, membuktikan bahawa pangkalan peminat setia masih belum pudar. Momentum itu melonjak tinggi apabila Sonic menembus industri filem Hollywood pada 2020.

Kejayaan pecah panggung tersebut mengembalikan sang landak ke takhta budaya arus perdana, lantas membuka jalan kepada pelbagai projek rentas media termasuk kemunculan filem Sonic the Hedgehog 4 di layar perak pada Mac tahun hadapan.

Kerjaya Iizuka sendiri mencerminkan fasa peralihan ini. Selepas bertahun-tahun bertindak sebagai pengarah yang mengetuai game hebat seperti Sonic the Hedgehog 3, Sonic Adventure, Sonic Heroes, dan Shadow the Hedgehog, beliau beralih ke kerusi penerbit bermula dengan Sonic Colors pada tahun 2010.

“Sebelum itu, sebagai pengarah, saya memantau setiap inci butiran game dari awal hingga akhir,” jelas Iizuka.

Ketika beberapa produksi seperti Colors dan Sonic Generations berjalan serentak, perubahan strategi menjadi satu keperluan:

“Saya mengubah pendekatan untuk berundur setapak ke belakang dan bekerjasama dengan para pengarah projek, sementara mereka menguruskan butiran dalaman game.”

Kredit: SEGA

Visi ini amat bernilai ketika Sonic Team bereksperimen dengan gameplay yang belum pernah diterokai. Mengenang kerisauan pasukannya sebelum pelancaran Sonic Frontiers, Iizuka meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga:

“Kami memperkenalkan sistem game yang sama sekali berbeza daripada apa yang pernah kami hasilkan, jadi kami pada mulanya sangat bimbang tentang reaksi peminat. Namun, sambutan luar biasa terhadap sistem baharu yang inovatif ini menyedarkan kami bahawa usaha berani mencuba perkara baharu adalah sesuatu yang amat dihargai oleh peminat Sonic.”

Komitmen Sonic Team Terhadap Komuniti Asia Tenggara

Kredit: SEGA

Sebelum menamatkan perbualan, Iizuka mengalihkan pandangan kepada komuniti di rantau Asia Tenggara. Mengiktiraf rantau ini sebagai antara punca kebangkitan jenama Sonic, beliau menegaskan komitmen jangka panjang Sonic Team untuk terus mendekati audiens di sini.

“Kepada semua peminat Sonic di Asia Tenggara, saya Iizuka dari Sonic Team,” sapa beliau.

“Kami sedang berusaha gigih untuk meluaskan komuniti peminat Sonic di seluruh Asia. Kami sekarang menganjurkan sesi perjumpaan peminat di pelbagai negara, termasuk di Thailand. Kami percaya bahawa komuniti peminat Sonic yang semakin membesar di Asia Tenggara adalah kekuatan utama yang mampu mempamerkan kehebatan Asia kepada seluruh dunia. Oleh itu, teruskan sokongan anda kepada Sonic. Terima kasih banyak-banyak.”

Untuk segala maklumat berkaitan Sonic the Hedgehog, sila layari laman web rasmi.

Tags: sonictemu ramah
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS2026] Previu Persona 4 Revival – Lepak, Belajar, Atau Masuk TV

Next Post

[TGS2026] Eksklusif Bersama Control Resonant – Rombakan Combat Utamakan Melee Ganas Lagi Adrenalin

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] Eksklusif Bersama Control Resonant – Rombakan Combat Utamakan Melee Ganas Lagi Adrenalin

[TGS2026] Eksklusif Bersama Control Resonant - Rombakan Combat Utamakan Melee Ganas Lagi Adrenalin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd