Battle royale sana sini. Terkini, semasa presentation Nintendo Direct, Tetris 99 diperkenalkan. Game ni akan lawankan 99 orang dalam style battle royale dalam game tetris. Main Tetris dalam battle royale, pelik kan? Tapi dah femes kat Twitch.
40,000 orang tengok game ni kat Twitch. Walaupun official download punya jumlah belum lagi keluar, tapi ini tanda yang menggalakkan. Seorang Twitch streamer Forsen yang ada lebih sejuta followers, broadcast Tetris 99 dengan lebih 13,000 penonton.
Sebelum ni game Tetris kat Twitch dapat 50 pemain pada satu malam dan penah sampai zero viewers, tapi daripada data SullyGnome, ini bukan lagi kes nya lepas keluar Tetris 99. Bijak orang yang dapat idea ni, sebab menunggang hype terkini untuk reap the rewards. Tak perlu buat game yang kena head-on dengan Apex Legends, PUBG, Fortnite. Dia kat segmen dia sendiri je.
Tapi kita kena tengok jugak sama ada Tetris 99 ni boleh sustain atau tak. Sebab baru sangat. Tapi kena cakap lagi sekali, memang kreatif lah buat Tetris battle royale!
@gamersantaimy
Discussion about this post