Okay, kali ini, entri aku lain dari yang lain. Aku nak buat satu artikel atau pendedahan kepada mereka yang bergelar Gaming Couple. Korang nak tahu kenapa? Ini adalah disebabkan engagement korang terhadap salah satu post di Gamer Santai, di mana habis semua pasangan tag pasangan masing-masing. Korang nak tahu Post yang mana? Tengok di bawah :
Haaa, dari post ni, aku nampak ramai yang tag pasangan masing-masing, dari situ, aku terfikir,ramai jugak sebenarnya Gaming Couple dalam Malaysia ni, tapi, semua di selubungi oleh pandangan negative netizen. Jadi, aku mengambil langkah untuk interview seramai mungkin gaming couple yang ada dalam Malaysia dan bertanyakan beberapa soalan. Di samping itu, aku boleh meletakkan mereka dalam ‘spotlight’ supaya netizen sedar akan kewujudan mereka. Gaming Couple tak semestinya Boyfriend atau Girlfriend, ia umum, kepada mereka yang berkahwin pon, digelar sebagai Gaming Couple jugak. Tanpa lengahkan masa, jom kita berkenalan dengan mereka.
Hairil Rahimi dan Fatin Nornadia
Mereka berkenalan dari tahun 2011, merupakan pasangan suami isteri. Perkenalan bermula dari Group Malaysia Nouvo Community, dan mereka selalu bermain DOTA 2 bersama-sama. Pada pendapat mereka, Gaming Couple sebenarnya AWESOME! Kerana mereka bersefahaman pendapat. Ada lah jugak masa bergaduh manja bila si isteri tak dapat memberi cooperate dalam DOTA 2 kerana si isteri emosional.
Bila ditanya akan pendapat mereka akan pandangan negatif netizen,
“Ko kawen dulu dengan wife kaki gaming korang tau rumah kemas ke tak? Rumah saya kemas je… Kami ada bilik gaming tersendiri”
Kebanyakan masa untuk bermain game di ajak oleh si suami, dan mereka bergilir – gilir menjadi hebat semasa bermain game. Pesanan mereka buat Gaming Couple diluar sana:
“Korang kena usaha untuk buktikan bahawa gaming couple bukanlah sesuatu yang buruk kerana gaming jugak mengeratkan lagi hubungan tersebut (tapi kalo kalah game, merajuk si isteri tu biasa”
Zafarul Nabil dan Nurul Nabihah
Pasangan kedua, merupakan pasangan suami isteri yang masih bergiat main game. Zafarul Nabil, berumur 33 tahun, berkerja sebagai senior technician. Si isteri pula, Nurul Nabihah, 23 tahun dan bekerja sebagai sales executive. Cara berkenalan yang agak unik. Si suami sering ke tempat kerja si isteri, ye lah, technician kan, maybe tempat kerja si isteri adalah client, dan tempat kerja si isteri bersebelahan di CC Orange. Si isteri jika ada masa akan mengunjungi CC Orange selepas tamat waktu bekerja, dan berjumpalah dengan si suami, dan bermulalah bibit bibit percintaan. Mereka bermain dota, si isteri carry, dan suami support. WOW! TERBAIK! Berkenalan pada pertengahan 2015, bertunang pada Raya Haji 2016 dan naik pelamin pada 29 April 2017.
Pada pendapat mereka, gaming merupakan 1 medium untuk berkomunikasi, dan ianya baik untuk meluangkan masa bersama-sama dan dapat mengetahui pasangan anda yang sebenar. Kata mereka, mulut orang melayu yang tipikal, tidak dapat ditutup, dan bagi mereka, jika seseorang itu tidak berada dalam situasi tersebut, baik jangan berkata-kata, dan diam sahaja. Ianya semua atas diri sendiri merasakan tanggungjawab tersebut.
Kepada gaming couple di luar sana, belajar cara untuk menguruskan masa, hargai pasangan anda dan cuba balancekan dengan aktiviti lain. Dengar kata, diorang tengah usaha untuk buat Couple PC Setup. Nak stream bersama katanya dan Ultimate Goals mereka adalah untuk buat ‘Gaming Family’ pulak. InsyaALlah, mudah-mudahan.
Lysynder dan Alldarkgamer424 (Bukan Nama Sebenar)
Untuk pasangan ketiga, merupakan cerita yang menarik. Aku kena hidekan nama mereka sebab diminta berbuat sedemikian. Baik, mereka dalam perhubungan jarak jauh. Lysynder merupakan orang Kelantan, Malaysia, di mana, pasangannya pula, orang Manila, Filipina. Berkenalan melalui game Overwatch, PlayStation 4. Lysynder bermain dengan salah seorang kawan Alldarkgamer424, dan ajak Lysynder bermain sekali. Mula-mula, si Lysynder malu untuk bersuara atas sebab dia seorang perempuan, bila dah bercakap tu, Alldarkgamer424 jatuh hati. Sweet terok weyh!
Pandangan mereka tentang gaming couple, bagus, kerana mempunyai minat yang sama dan dengan mempunyai minat yang sama, relationship insyaAllah akan bertahan lama. Kepada mereka yang mengatakan bermain game hanya membuang masa dan apa semua tu, jika ada komitmen dan juga rasa tanggungjawab, semua boleh jalan, dan bergantung atas individu itu sendiri. Kalau memang dah pemalas, tak boleh nak kata apa jugak. Untuk merubah pandangan negatif dari netizen, kita tidak boleh tetapi, kita boleh tunjuk.
Perancangan mereka pada masa depan adalah untuk bertemukan ibu bapa ke dua belah pasangan untuk melanjutkan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. Dan itu merupakan goals mereka, untuk berkahwin. Aku doakan, korang berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat, aminnnn.
Syazwan Bahri dan Nur Sa’adah Nazar
Pasangan keempat, Player 1 adalah Syazwan Bahri dan Player 2 pula Nur Sa’adah Nazar. Merupakan pasangan pelajar. Berjumpa dan berkenalan di UiTM Lendu. Semasa itu, Player 2 menjalankan asasi dan Player 1 bergelut dengan diploma. Mereka banyak bermain game dengan menggunakan PC, konsol dan juga Mobile. Tetapi banyak masa dihabiskan dengan bermain game di PC. Mereka masih lagi mengejar Sarjana Muda, dan mungkin selepas itu, mereka akan Level Up sebagai pasangan suami dan isteri. Amin.
Mereka percaya akan “couples who game together, stay together”.Mereka merasakan yang dengan bermain game, akan mendekatkan jarak mereka berdua. Tambahan pula, masing masing belajar di tempat yang berlainan. Pandangan mereka pula tentang komen negative netizen, bagi apa yang mereka nampak, rumah tangga gaming couple lebih terurus malah berbunga-bunga lagi dan lebih bahagia. Mereka percaya yang ramai lagi masih tahu had akan bermain game.
Kerana segelintir golongan gamer yang bermasalah, habis satu komuniti terpalit. Mereka berharap yang pandangan ini dapat diubah bagi kesejahteraan semua pihak. Mereka ingin membuat bilik gaming mereka sendiri, lengkap dengan konsol kegemaran dan PC mempunyai RGB, dan menjadi streamer couple seperti Pewds dan juga Marzia. Mereka juga berkata yang gaming couple haruslah menunujukkan dan membuktikan yang kita bukan seperti apa yang dikatakan. Mungkin dengan cara yang betul, dan juga pendedahan, pandangan negative boleh diubah. Akhir kata, teruskan hobi korang, minat korang tetapi perlu ingat akan tanggung jawab dan jangan biarkan game memanipulasi hidup korang. GGWP
Wah, banyak cerita yang boleh dijadikan inspirasi di sini. Dan ramai gaming couple menyatakan bahawa gaming menjadi satu medium ataupun platform untuk korang kenal akan pasangan korang. Walau apa pun, aku harapkan dan berdoa, supaya hubungan korang kekal hingga ke Jannah dan bahagia. Aku berharap dengan pendedahan dari kami, Gamer Santai, sedikit sebanyak mampu mengubah pandangan negative netizen terhadap gaming couple, dan jika korang minat nak tahu lagi pasal Gaming Couple lagi, tunggu minggu depan ye~
@gamersantaimy
Discussion about this post