Tekken akhirnya akan membuat debut siri anime baru tidak lama lagi di mana Tekken: Bloodline secara rasmi telah menetapkan tarikh keluaran di platform Netflix pada 18 Ogos 2022 beserta treler serba baharu!
Mula-mula diumumkan pada awal tahun ini, tidak banyak info dan maklumat yang dikongsikan tentang adaptasi anime Tekken. Ada yang memberi teori filem, ada yang kata siri jenis berepisod – tetapi akhirnya semua disahkan. Mungkin ada yang masih tertanya tetapi sekurang-kurangnya korang boleh melihat visual penuh termasuk rupa watak melalui trailer di atas.

Berkenaan jalan cerita? Berikut adalah sinopsis Tekken: Bloodline menurut Netflix:
“Kuasa adalah segalanya.”
Jin Kazama mempelajari seni mempertahankan diri turunan keluarganya, Kazama-Style Traditional Martial Arts Kazama, daripada ibunya sejak kecil lagi. Namun, dia tetap tidak berdaya apabila kuasa jahat yang kejam muncul secara tiba-tiba, memusnahkan segala yang disayanginya dan merubah kehidupannya selama-lamanya.
Marah akan dirinya yang gagal menghentikan kejadian itu, Jin bersumpah untuk membalas dendam dan memperoleh kuasa mutlak untuk melawannya. Misinya akan membawa dia ke pertempuran hebat di pentas global — The King of Iron Fist Tournament.
Selain Jin Kazama dan atuknya Heihachi Mishima, beberapa watak ikonik lain juga akan membuat penampilan seperti Paul Phoenix, King, Nina, Julia Chang, Hwoarang dan Xiaoyu.


Jadi apakah itu Tekken? Tekken adalah francais media Jepun yang fokus pada genre ‘fighting game” dan siri permainan arked yang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.
Siri ini telah diiktiraf secara universal dan berjaya secara komersial, setelah mengedar lebih daripada 53.5 juta unit, menjadikannya salah satu francais game paling terlaris sepanjang zaman dan francais ‘fighting game ke-4’ paling terlaris dalam sejarah. Siri utama telah disambut dengan positif oleh pengkritik dan penerbit studio besar kerana untuk ‘meningkatkan standard fighting game, mekanik gameplay dan unsur-unsur keseronokan.
Untuk segala liputan kami tentang Tekken, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post