Semasa livestream gamescom, kita telah didedahkan dengan tarikh rasmi pelancaran untuk game fighting popular, TEKKEN 8. Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer baharu game turut didedahkan. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Seperti yang didedahkan dalam trailer, game TEKKEN 8 akan dilancarkan pada 26 Januari 2024 di PS5, Xbox Series dan PC. Bukan setakat itu sahaja, kita dapat melihat sedikit sebanyak mengenai story mode dan juga Arcade, dengan model-model watak yang comel.
Sejak pendedahan tentang game ini pada 2022, kita telah didedahkan dengan pelbagai watak-watak yang akan boleh dimainkan dalam game fighting itu. Dengan pendedahan baharu mengenai Arcade, kami pasti ramai yang tidak sabar untuk mencuba mode tersebut.

TEKKEN 8 kini tersedia untuk pre-order dalam Standard, Deluxe dan Ultimate Edition. Berikut adalah perincian untuk semua edisi TEKKEN 8:
- Standard Edition
- Salinan game

- Deluxe Edition
- Salinan game
- Character Year 1 Pass
- 4 watak tambahan untuk dimainkan
- Avatar Skin: Kinjin
- Character Costume: Gold Suit
- 1 kostum untuk setiap watak yang boleh dimainkan

- Ultimate Edition
- Salinan game
- Character Year 1 Pass
- 4 watak tambahan untuk dimainkan
- Avatar Skin: Kinjin
- Character Costume: Gold Suit Pack
- 1 kostum untuk setiap watak yang boleh dimainkan
- Avatar Costume: Classic TEKKEN T-Shirt Set
- Avatar Skins: Kazuya Mishima, Jin Kazama, dan Jun Kazama

Kalau anda pre-order game ini, anda boleh mendapatkan bonus khas iaitu:
- Avatar Costume: Paul Phoenix Set
- Avatar Skin: Mokujin dan Tetsujin (Eksklusif PlayStation)
Tentang TEKKEN 8
Siri TEKKEN memegang rekod sebagai cerita terpanjang dalam francais game video. Seperti yang dinyatakan dalam dialog pengakhiran Tekken 7, entri baharu ini akan memfokuskan kepada pertembungan bapa dan anak antara Kazuya Mishima dan Jin Kazama.
Dikuasakan oleh Unreal Engine 5 dan tersedia secara eksklusif pada PS5, Xbox Series X|S, dan PC Digital, TEKKEN 8 menolak had perkakasan dan teknologi gen baharu. Game ini menampilkan model watak berdefinisi tinggi yang dibina daripada mula dengan kulit dan rambut ketelitian tinggi, bersama-sama dengan grafik yang mengasyikkan seperti otot yang beralih untuk mencerminkan pergerakan watak.

Baca segala berita kami tentang Tekken di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post