Selepas tayangan WandaVision dan The Falcon and the the Winter Soldier, ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat apa yang akan datang di MCU. Baru diumumkan semalam, Marvel telah mengeluarkan video baru yang memberi pelbagai info visual termasuk tarikh tayangan untuk Marvel Cinematic Universe Phase 4!
Dengan menggunakan naratif dari mendiang Stan Lee, trailer diatas menunjukkan beberapa klip pendek untuk filem MCU lama, sebelum menunjukkan adegan untuk filem MCU akan datang. Selepas klip filem Black Widow dan Shang-Chi ditunjukkan, kita akhirnya dapat melihat klip pertama untuk filem Eternals.
Ini mungkin adalah projek yang paling misteri di MCU dan menampilkan bintang-bintang besar termasuk Angelina Jolie, Salma Hayek, dan Kumail Nanjiani. Dari apa yang penonton dapat melihat, filem ini akan mempunyai gaya yang jauh lebih berbeza berbanding filem lain di MCU.
Selepas itu, trailer bersambung ke projek-projek lain yang bakal keluar pada tahun 2022-2023. Ini termasuk dua sekuel yang sangat dinantikan, iaitu Black Panther 2 yang secara rasmi diberi tajuk Black Panther: Wakanda Forever dan Captain Marvel 2 yang diberi tajuk The Marvels. Tajuk The Marvels agak lain daripada lain kan? Ini kerana ramai yang menjangka Carol Danvers akan bekerjasama bersama Kamala Khan, dan Monica Rambeau bagi membentukkan pasukan baru.
Selebihnya, trailer ini mendedahkan projek yang sudah disahkan dan tarikh tayangannya. Ini termasuk tarikh tayangan untuk Ant-Man and the Wasp: Quantumania dan Guardians of the Galaxy Vol. 3. Di penghujung video, ia diakhiri dengan logo filem Fantastic Four oleh Jon Watts, tetapi tarikh tayangan rasmi tidak diumumkan untuk projek tersebut.
Berikut adalah tarikh tayangan untuk filem Marvel Cinematic Universe Phase 4:
- Black Widow – 9 Julai 2021
- Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings – 3 September 2021
- Eternals – 5 November 2021
- Spider-Man: No Way Home – 17 Disember 2021
- Doctor Strange in the Multiverse of Madness – 25 Mac 2022
- Thor: Love and Thunder – 6 Mei 2022
- Black Panther: Wakanda Forever – 8 Julai 2022
- The Marvels – 11 November 2022
- Ant-Man and the Wasp: Quantumania – 17 Februari 2023
- Penjaga Galaxy Vol. 3 – 5 Mei 2023
Sumber – Marvel Studios
@gamersantaimy
Discussion about this post