Acara Indonesia Game Developer Exchange (IGDX) 2022 terus memberikan maklumat yang menarik tentang perkara-perkara yang berlaku dalam industri gaming. Kami telah menghadiri pembentangan tentang kesalahan setiap developer dalam menandatangani perjanjian oleh (Neon Doctrine), Kris Antoni Hadiputra (Toge Productions), David Liem (Ripples Asia). Jadi, kalau anda ada impian untuk sertai industri hebat ini, teruskan membaca!
Adakah Genre atau Gaya Penting Semasa Memasang Permainan kepada Penerbit?

Penerbit adalah satu pihak yang sangat penting bagi setiap developer bukan sahaja bagi memasarkan game malah ia juga untuk mendapatkan dana untuk bangunkan game. Dalam perbincangan tersebut, Iain dari Neon Doctrine telah mengatakan yang mereka lebih cenderung untuk memilih game yang disukai berbanding mengikut gaya yang sangat formal.
Tidak kisahlah genre atau gaya yang ingin disampaikan oleh developer, yang penting visi mereka untuk membuat game tersebut disampaikan dengan cara yang terbaik. Namun, ada juga sesetengah developer yang akan memilih mengikut genre, tetapi terdapat banyak lagi syarikat penerbit lain yang boleh menggemari game anda ingin bentangkan.

Apa yang disampaikan oleh Iain tadi disokong oleh Kris dari Toge Productions kerana mereka juga mempunyai pemikiran yang sama untuk tidak memilih game berdasarkan genre atau gaya yang tertentu. Dia mengatakan yang developer sepatutnya mengetahui siapa yang mereka sasarkan, nilai yang ada pada game dan adakah ia berjaya disampaikan.
Selepas melihat perkara tersebut, penerbit kemudian bermain gamenya terlebih dahulu dan jika ia disukai, developer boleh meneruskan dengan langkah yang seterusnya dan boleh membina hubungan. Namun, satu peraka yang sangat dilihat oleh para penerbit adalah situasi dalam pembangunan itu sendiri dan bagaimana keadaan sewaktu bekerja.

Ia merupakan nilai yang sangat penting kerana jika mereka sering bergaduh walaupun dapat membuat game yang hebat, perjanjian itu terpaksa dibatalkan. Membina hubungan yang kuat adalah satu perkara yang penting, terutama sekali apabila penerbit sangat sukakan game tersebut dan berkongsi idea yang sama dengan developer.
Manakala David dari Ripples Asia pula berkata yang dia ingin meneroka game tersebut secara mendalam dengan mengadakan satu perbincangan dengan developer supaya dapat memahami visi yang ingin disampaikan oleh mereka.
Ini kerana, terdapat satu perkara kecil yang mungkin boleh mendorong developer untuk membuat game. Contohnya, mewujudkan persekitaran di mana rakan anda boleh bermain bersama untuk membina sambungan melalui game media.
Perkara yang Perlu Dielakkan dan Sediakan

Bercakap tentang persediaan, Iain mengatakan yang developer sepatutnya menyelidik terlebih dahulu tentang penerbit yang diingini dan cuba faham tentang prestasinya. Ini terpakai kepada semua orang kerana kedua-dua pihak kadangkala boleh meninggalkan reputasi yang buruk dan mudah untuk mengetahui sama ada developer ingin menyelidik dengan lebih mendalah. Jadi, mungkin terdapat beberapa calon yang mungkin boleh dielak atau mendekati.
Masuk kepada pantang larang, developer mesti berhati-hati terhadap penerbit yang menjanjikan kejayaan kepada gamenya. Contohnya, bagaimana mereka menjanjikan untuk menjual 1 juta salinan game dalam masa yang singkat. Perkara ini sangat jelas tidak realistik kerana penerbit besar pun tidak dapat menjamin kejayaan game yang mereka terbitkan. Ini berbalik kepada game itu sendiri di mana berapa ramai yang bersedia dan mencubanya.

Namun, situasi malang juga boleh berlaku dan sangat sukar untuk diramalkan. Contohnya, apabila Samurai Punk mengeluarkan game baharu yang dipanggil Justice Sucks: Tactical Vacuum Action di mana semua elemen di dalam game nampak sangat hebat dan berpotensi untuk dijual pada kuantiti yang tinggi, tetapi melangnya ia dikeluarkan pada hari yang sama Ratu Elizabeth meninggal dunia dan tiada siapa yang bercakap tentang game ini pada masa itu.
Perkara ini berlaku dan mustahil untuk meramalkan masa depan. Ramai penerbit sentiasa cuba memperbaiki diri mereka apabila membaca pergerakan pasaran dan mencari masa yang terbaik untuk melancarkan game. Iain mengatakan yang Neon Doctrine pernah mengalami perkara yang lebih kurang sama ketika mereka melancarkan game baharu di mana pada ketika itu EA membawa game baru mereka ke dalam Steam secara tiba-tiba. Jadi, Steam “Recommendation Page” pada masa itu penuh dengan game EA.
Baca Kontrak dan Percayalah Keberanian Anda

Kini tiba pada langkah yang sangat-sangat penting iaitu menyelesaikan perjanjian. Tetapi sebelum itu, kontrak harus dibuat dan ini adalah bahagian yang sangat penting. Terutamanya bagi developer di mana mereka perlu membaca dan memahami seluruh kandungan kontrak. Kris Antoni mencadangkan bahawa developer seharusnya mengupah seorang peguam yang tahu membaca kontrak. Hal ini kerana, untuk memastikan bahawa perjanjian itu tidak berat sebelah atau terdapat potensi bahaya untuk dielakkan.
Ia juga sangat penting untuk bertanya tentang rancangan bagaimana untuk memasarkan game tersebut. David mengatakan yang Ripples selalu ditanya oleh developer tentang pengedaran platform, seperti sama ada konsol ataupun PC. Di sinilah masanya untuk penerbit membentangkan rancangan mereka dengan sangat baik, bersikap telus dan mempunyai komunikasi yang baik dengan developer sepanjang masa supaya dapat menjalinkan hubungan yang berjaya.

Selain daripada melihat statistik dan sebagainya, Iain berkata bahawa developer sendiri perlu percaya dengan keberanian yang ada dalam diri sebelum membuat sebarang keputusan atau menukar rancangan. Ini sebenarnya pernah dilalui olehnya di mana dia bertemu dengan developer yang bekerjasama dengan penerbit yang tidak baik.
Mereka memberitahunya tentang perasaan tidak selesa sebelum berlakunya sesuatu perkara buruk berlaku dan akhirnya berlaku. Orang mempunyai naluri dan ini adalah salah satu masa yang mereka benar-benar perlu mempercayai sikap keberanian diri sendiri.
Untuk membaca segala liputan tentang IGDX, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post