Berita malang buat peminat Gundam kerana hari ini kita dapat pengesahan rasmi oleh Bandai Namco Online bahawa game free-to-play multiplayer FPS “Gundam Evolution” akan “tutup servis” pada 29 November.
Pertama kali dilancarkan untuk PC melalui Steam pada 21 September 2022, diikuti oleh PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan Xbox One pada 30 November 2022, Gundam Evolution tidak berjaya menarik minat para gamers dan terpaksa diberhentikan. Akan ditutup secara rasmi pada 29 November nanti, ini bermaksud ia hanya bertahan selama satu tahun lebih di PC dan genap satu tahun di konsol.
Menurut data terkini daripada SteamDB, jumlah orang yang bermain Gundam Evolution sangat-sangat rendah dan tidak mampu cecah hingga 1000, sedangkan ini carta untuk seluruh dunia. Dengan jumlah nombor yang rendah sebegini, tidak hairanlah Bandai Namco terpaksa tutup Gundam Evolution.

Penerbit eksekutif, Kazuya Maruyama, berkata dalam satu mesej:
“Dukacita, kami mengumumkan penutupan Gundam Evolution. Kami mahu mencipta judul yang menyatukan peminat first-person shooter dan peminat Gundam. Kami mencabar diri sendiri untuk mencipta game first-person shooter Gundam autentik yang boleh dimainkan secara global. Malangnya, kami telah memutuskan bahawa ia mustahil untuk kami menyediakan servis yang memuaskan hati pemain kami.”
Walaupun begitu, sejumlah update masih akan dilancarkan untuk Season 6 pada 23 Ogos, yang bakal menambah unit baharu dan dua peta, manakala Season Akhir pada 25 Oktober, akan menambah unit dan peta baharu.

Berikut ialah pelan penuh sehingga pengakhiran servis Gundam Evolution:
26 Julai 2023
- Tamat jualan EVO Coin.
- Tamat jualan EC Pod Limited.
- Tamat update pada EC Pod, CAP Pod dan Ticket Pod.
Update Season 6 pada 23 Ogos 2023
- Bakal mengeluarkan satu unit baharu dan dua peta baharu.
Update Season 7 pada 25 Oktober 2023
- Bakal mengeluarkan satu unit baharu dan satu peta baharu.
Servis tamat pada 29 November 2023
Selepas servis tamat, game tidak lagi boleh dimainkan dan semua item, termasuk EVO Coin, tidak lagi boleh digunakan.

Apa itu Gundam Evolution?
Bagi mereka yang tidak tahu, Gundam Evolution ialah team-based shooter, di mana dua skuad (masing-masing dengan enam pemain) akan bertarung sambil melaksanakan objektif lawan pada peta. Masing-masing akan memakai Mobile Suit sendiri dan bergantung pada objektif, harus menyelesaikan misi dan mengawal medan perang. Antara unit yang kita boleh pakai termasuk Gundam, Zaku II, Gundam Barbatos, Sazabi, Gundam Exia dan banyak lagi.

Jadi apa pendapat korang tentang berita penutupan Gundam Evolution? Ada yang player tegar ke di sini? Jom kongsi di ruang komen!
Buat masa ini, Gundam Evolution masih boleh dimainkan di PC melalui Steam, PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan Xbox One.
@gamersantaimy
Discussion about this post