Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Maira by Maira
July 21, 2023
in Artikel, Berita, Produk, Tablet, Teknologi
0 0
0
Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Kredit: HONOR Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

HONOR Malaysia telah melancarkan tablet keempatnya di Malaysia iaitu HONOR Pad X9, sebuah tablet yang sesuai untuk anda yang ingin meningkatkan hiburan dan pendidikan. Ia hadir dengan warna Space Grey dengan memori 4GB + 128GB dan dijual pada tanda harga RM 1,099. Jualan untuk HONOR Pad X9 akan bermula 25 Ogos 2023 dan bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima Papan Kekunci Bluetooth Pintar bernilai RM299 sebagai hadiah percuma.

Kredit: HONOR Malaysia

Dilengkapi dengan Paparan FullView HONOR 11.5 inci serta ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam speaker yang dikuasakan oleh teknologi HONOR Histen, serta pemproses Qualcomm Snapdragon 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 membawakan visual yang menakjubkan dan audio yang mengasyikkan. Ia juga hadir dengan bateri tahan lama 7250mAh, jadi pengguna boleh menikmati hiburan tanpa gangguan, tanpa henti!

Paparan untuk Pengalaman Pemandangan yang Mengagumkan

Menampilkan paparan FullView 11.5 inci yang menyokong resolusi 2000×1200 piksel, 1.07 bilion warna, dan 100% ruang warna sRGB, HONOR Pad X9 nisbah skrin ke badan 86% tiada tandingan yang dapat menghasilkan butiran dan warna yang menakjubkan. Dengan refresh rate yang boleh diubah sehingga 120Hz, tablet ini menawarkan pengalaman visual yang sangat lancar ketika membuka aplikasi dan penggunaan bateri dapat dijimatkan apabila melayari aplikasi yang kurang memakan bateri seperti membaca e-buku.

Tablet ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselesaan mata. Paparan yang memiliki Pemalapan Dinamik dapat merangsang aktiviti otot ciliary, jadi kualiti visual pengguna kekal konsisten sepanjang menggunakan peranti ini. Ditambah dengan teknologi Paparan Malam Sirkadia HONOR yang boleh mengubah warna paparan menjadi lebih hangat secara automatik bagi mengurangkan jumlah cahaya biru, memastikan rembesan melatonin yang dapat meningkatkan kualiti tidur pengguna.

Pengalaman Audio yang Mengasyikkan oleh Sistem Bunyi Terhebat

Menawarkan pengalaman bunyi audio yang tiada tandingan, HONOR Pad X9 serba baharu ini menampilkan enam pembesar suara yang meliputi segenap arah. Dengan tahap bunyi yang lebih tinggi, mendalam dan bes, pengguna dapat merasai kesan bunyi stereo pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ditambah dengan sokongan HONOR Histen, HONOR Pad X9 menghasilkan bunyi 360° yang bertenaga dan dinamik. Di permukaan bawah peranti ini, terdapat dua pembesar suara yang pantul bunyi ke permukaan atas, jadi pengguna dapat merasai bunyi sekeliling yang lebih sinematik. Ditambah dengan teknologi Vocal Enhancement, HONOR Pad X9 mampu membezakan suara manusia mengikut kelantangan vokal secara pintar dan menghasilkan lokalisasi bunyi dengan lebih tepat.

Kredit: HONOR Malaysia

Pengalaman Lancar Dikuasakan oleh Perkasasan yang Dipertingkatkan

Menampilkan memori 4GB dan storan sebesar 128GB, HONOR Pad X9 boleh menyimpan 26,880 gambar, 10,752 lagu atau 430 video HD, memberikan pengguna ruang yang cukup besar untuk menyimpan koleksi multimedia mereka. Memorinya mempunyai kelebihan pemproses Qualcomm Snapdragon 685 4G 6nm yang menghasilkan fluid graphic dan kelajuan tindak balas, jadi pengguna dapat mengendalikannya dengan mudah walaupun ketika sedang berurusan dengan cepat dan tergesa-gesa.

HONOR OS Turbo X dan GPU Turbo X pula memastikan perkakasan dan perisian sama-sama berfungsi dengan lancar bagi meningkatkan kelancaran, tidak cepat luput, dan menjimatkan bateri, menghasilkan frame rate yang sangat tinggi, sambungan rangkaian, dan latensi yang rendah, pada masa sama masih menepati kelancaran grafik untuk keperluan pengguna.

HONOR Pad X9 dilengkapi dengan bateri tahan lama 7250 mAh. Membolehkan pengguna kekal berhubung dan berada dalam talian, serta menyokong sehingga 13 jam penstriman video dan 12 jam muzik, amat sesuai bagi mereka yang mahukan bateri kekal lebih lama untuk berhibur.

Rupa Sofistikated, Pengalaman Pintar

Reka bentuk dwi cermin dan dwi bulatan melengkapkan rekaannya yang hanya senipis 6.9mm dan seberat 495g, memudahkan pelajar dan golongan profesional
membawanya ke mana-mana sahaja.

HONOR Pad X9 didatangkan dengan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 terkini dengan ciri pintar seperti HONOR Connect. Dengan HONOR Connect, pengguna boleh menggunakan berbilang peranti HONOR serentak untuk melihat notifikasi dan memindahkan fail antara peranti pada satu skrin. Skrin besar dan resolusi tinggi tablet juga membolehkan urusan multitasking yang lebih cekap melalui APP Multiplier, iaitu dua ciri MagicOS yang membolehkan tontonan split-screen.

Dengan sokongan Google Kids Space, HONOR Pad X9 memudahkan kanak-kanak meneroka, mencipta dan belajar melalui kandungan yang selamat dan lebih menarik. Pengguna boleh mengawal kandungan yang boleh dilihat dan mengehad tontonan skrin dengan aplikasi Family Link, jadi ibu bapa tidak perlu lagi merasa bimbang ketika membiarkan anak-anak bermain dengan tablet.

Kredit: HONOR Malaysia

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang HONOR Pad X9, anda boleh layari laman web rasmi produk. Kalau anda ingin mendapatkan berita lain mengenai produk HONOR daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonorHONOR Pad X9
ShareTweetSend
Previous Post

Masuk ke dunia ngeri Unholy, game seram psiko baru di PC Steam!

Next Post

MSI tawar Promosi Bundle Exoprimal, dapat game percuma apabila upgrade monitor!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
MSI tawar Promosi Bundle Exoprimal, dapat game percuma apabila upgrade monitor!

MSI tawar Promosi Bundle Exoprimal, dapat game percuma apabila upgrade monitor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd