Suicide Squad: Kill the Justice League Berakhir Dengan Update Besar Terakhir

Kurang daripada setahun selepas pelancarannya, Suicide Squad: Kill the Justice League bakal mengucapkan selamat tinggal dengan satu update terakhir. Pembangun Rocksteady Studios mengumumkan berita ini dalam satu blog post, mendedahkan bahawa perjalanan game ini akan tamat dengan update besar pada Januari 2024.

Walaupun tamat lebih awal daripada jangkaan, Rocksteady nampaknya ingin mengakhiri game ini dengan penuh gah dengan memperkenalkan watak baharu, dunia Elseworld baharu, dan mod offline yang telah lama diminta.

Season 4: Bab Terakhir

Update terakhir ini akan dilancarkan bersama Chapter 8 Season 4 pada Januari, menamatkan kitaran kandungan. Sementara itu, Chapter 7 telah dikeluarkan hari ini, dan akan menyediakan asas untuk finale ini dengan pelbagai tambahan menarik.

Update ini bakal memperkenalkan Deathstroke sebagai watak boleh dimainkan, lengkap dengan tiga gaya unik: Assassin, Mercenary, dan Strategist.

Kredit: Rocksteady Studios

Chapter 7 juga akan membawa Elseworld baharu yang diinspirasikan oleh siri komik Dark Knights of Steel. Dunia ini mempersembahkan semula alam semesta DC dalam latar abad “medieval”, memberikan naratif yang segar kepada jalan cerita Suicide Squad.

Tidak seperti Elseworld sebelumnya, realiti ini nampaknya sebahagiannya bebas daripada kawalan Brainiac, apabila pasukan berlumba untuk menghadapi penjahat itu.

Kredit: Rocksteady Studios

Salah satu ciri yang paling banyak diminta, mod “offline”, akhirnya akan diperkenalkan dalam Chapter 7. Penambahan ini membolehkan pemain menikmati jalan cerita dan kandungan bermusim tanpa sambungan internet berterusan.

Walaupun permainan online cooperative masih tersedia, mod offline memastikan game tetap boleh dimainkan semula walaupun server akhirnya ditutup.

Kredit: Rocksteady Studios

Rocksteady mengesahkan bahawa game asas dan semua kandungan bermusim sebelum ini akan kekal boleh diakses dalam mod online dan offline untuk masa yang akan datang. Namun, tiada kandungan tambahan akan dikeluarkan selepas penutupan Season 4.

Pemain yang ingin menikmati Chapter 8 masih perlu memuat turun update apabila ia tersedia bulan depan.

Hasil yang Mengecewakan

Kredit: Rocksteady Studios

Keputusan untuk menamatkan kemas kini kandungan bagi Suicide Squad: Kill the Justice League tidaklah terlalu mengejutkan. Laporan menunjukkan bahawa Warner Bros. kurang berpuas hati dengan prestasi game ini, di mana ia bergelut untuk mengekalkan bilangan pemain yang kukuh di platform seperti Steam sejak dilancarkan.

Bagi peminat Suicide Squad, bab terakhir ini menawarkan peluang terakhir untuk mengalami dunianya, meneroka ceritanya, dan mencari penutup dalam klimaks akhirnya.

Game ini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam, Epic Games Store). Untuk maklumat lanjut, sila layari blogpost.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!