gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Streamline & Epic Games membincangkan masa depan industri & sokongan untuk pihak studio indie!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2021
in Artikel, Berita, Eksklusif, Tempatan, Temuramah
0 0
0
Streamline & Epic Games membincangkan masa depan industri & sokongan untuk pihak studio indie!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam podcast “The Brave Room Episode 38”. pihak Gamer Braves telah menjemput Stefan Baier (salah satu CEO Streamline Media Group) dan Sameer Pitalwalla (wakil Epic Games) untuk membincangkan perihal tentang industri pembangunan permainan video termasuk masa depan dan sokongan yang ditawarkan untuk pemaju indie. Jika anda berminat tentang topik ini, sila teruskan membaca.

Berikut adalah transkrip dari temu ramah yang diedit untuk pemahaman pembaca:

Jenis sokongan yang ditawarkan kepada pemaju baru?

Sameer: “Kita bercakap dari segi mendapatkan akses ke peralatan. Anda sudah tahu tentang Unreal Engine dan fakta yang ia percuma sangat membantu. Fakta kedua ialah melihat ekosistem bagi perkhidmatan dalam talian. Anda pada dasarnya mempunyai rangka asas yang boleh menjalankan permainan seperti Fortnite termasuk matchmaking dan lobi custom. Semua yang anda mahukan diberikan secara percuma dan disambungkan dengan SDK.”

Epic Games awards more than $42 million in grants for developers |  VentureBeat
Epic MegaGrants

“Kemudian kita ada Metahuman Creator, Quixel Megascans, SketchUp dan Unreal Engine Marketplace. Keupayaan untuk menghasilkan permainan video mudah jauh lebih cepat. Kami juga hadir dengan Epic MegaGrants, di mana ramai yang memiliki banyak idea telah sertai dan mendapatkan geran untuk mencipta judul AA berkualiti tinggi.”

“Saya rasa anda memerlukan tiga kriteria: akses kepada bakat, akses ke modal, dan akses ke ilmu pengetahuan.”

Kami mempunyai serangai syarikat permainan video yang hebat untuk berhubung; akses ke modal yang kami berikan melalui geran dan; akses ke ilmu pengetahuan yang merupakan jurang terbesar setakat ini kerana editor dan enjin tidak selalu mudah untuk digunakan terutamanya oleh pasukan kecil. Tetapi itulah sebabnya kami memberi mereka latihan percuma di seluruh wilayah ini (Asia Tenggara).”

“Itu adalah tiga tempat yang biasanya orang mengalami masalah dan kami berusaha mencari jalan untuk mengurangkan halangan di ketiga-tiganya sama ada dengan menawarkan secara percuma sekiranya menerima MegaGrants untuk memberi insentif supaya mereka melangkah ke hadapan.”

How to Import Models from Blender to Unreal Engine 4 | All3DP
Sistem Unreal Engine

Stefan: “Pada masa kini saya rasa peralatan jauh lebih canggih tetapi untuk mencarinya lebih sukar kerana terdapat lebih banyak peralatan di luar sana. Alat ini canggih tetapi anda masih perlu menyambung semuanya manakala untuk mendapatkan dev kit boleh menjadi pengalaman yang agak mengecewakan bagi pemaju.

“Mereka memandang rendah kepada tempoh masa yang diperlukan untuk mendapatkan satu. Untuk menghantarnya ke Asia Tenggara kadangkala sukar, di mana anda perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan unit-unit tersebut di sini seperti Xbox dan PlayStation. Jadi dalam erti mencipta permainan video, sebenarnya ada banyak lagi hal lain yang berkait.”

6 video game developers reveal how the pandemic changed everything

“Ia benar-benar bergantung pada apa yang diinginkan oleh pembangun jika mereka ingin memasukkan idea yang hebat ke dalam sebuah prototaip. Adakah mereka ingin memberi kepada penerbit atau adakah mereka mahu menerbitkan sendiri, itu pun adalah komitmen yang berbeza juga.”

“Oleh itu, ada lebih banyak pilihan untuk memperolehi kejayaan dan kerana itu, terdapat banyak lagi jalan yang harus anda perhatikan dan lihat bagaimana cara-cara untuk sampai di situ.”


Itu antara topik yang dibincangkan oleh Stefan Baier dan Sameer Pitalwalla sebagai wakil untuk Streamline Studios dan Epic Games tentang masa depan industri dan sokongan untuk pemaju indie. Bagi liputan penuh, anda boleh menonton video yang saya sediakan di bawah. Bagi studio indie yang baru bermula, saya harap cadangan dan idea di atas dapat membantu anda dalam proses pembangunan permainan video.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Epic Gamesindieindustri permainan videoMalaysiaStreamline Studios
Previous Post

Ramai gamer muda menerima gangguan siber semasa bermain dalam talian!

Next Post

[Review] Marvel’s Guardians of the Galaxy – Permulaan sebuah pasukan hero!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
[Review] Marvel’s Guardians of the Galaxy – Permulaan sebuah pasukan hero!

[Review] Marvel's Guardians of the Galaxy - Permulaan sebuah pasukan hero!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In