Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Stellar Blade Versi PC’ Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5
0 0
0
‘Stellar Blade Versi PC’ Rasmi Akan Datang, Bak Kata Pencipta SHIFT UP!

Kredit: @13Dorado

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas khabar angin dan spekulasi selama berbulan-bulan, Shift Up akhirnya mengesahkan bahawa Stellar Blade akan menerima versi PC.

Berita ini diumumkan melalui mesyuarat antara pemegang saham baru-baru ini, di mana studio itu mengesahkan bahawa adaptasi PC bagi Stellar Blade akan dikeluarkan dalam masa terdekat, dan mereka mempunyai jangkaan yang lebih tinggi untuk port tersebut.

Kredit: Shift Up

Menurut Shift Up:

“Kami sedang bersedia untuk keluaran IP ‘Stellar Blade’ pada PC dalam masa terdekat supaya keseronokan berterusan, dan kami menjangkakan lebih banyak kejayaan pada PC berbanding pada konsol.”

Walaupun tarikh keluaran tepat untuk Stellar Blade versi PC tidak didedahkan, beberapa kenyataan terkini mencadangkan bahawa ia boleh dilancarkan pada penghujung tahun 2024.

Kredit: Shift Up

Stellar Blade asalnya dilancarkan pada April tahun ini sebagai game eksklusif PlayStation 5, dan menerima sambutan yang sangat positif oleh para gamer di seluruh dunia. Dengan kejayaan ini, Stellar Blade menjadi salah satu game paling laris pada tahun 2024.

Sejak itu, Shift Up terus menyokong game mereka dengan pelbagai update pasca pelancaran, menambahkan ciri baharu seperti photo mode, pakaian baharu untuk Eve dan juga acara musim panas masa terhad. Setakat ini, DLC tidak dirancang, tetapi Shift Up meluahkan minat untuk membangunkan sekuel.

Kredit: Shift Up

Selain berita tentang versi PC dan sekuel Stellar Blade, Shift Up kini dalam proses menghasilkan game AAA terbaru. bertajuk Project Witches. Menurut jawatan kosong berkaitan game ini, Shift Up sedang mencari profesional untuk mengerjakan sebuah RPG aksi yang berlangsung dalam persekitaran sci-fi bandar, serta berpengalaman dengan Unreal Engine.

Selain itu, studio turut mengesahkan bahawa Project Witches akan menyokong cross-platform. Lebih banyak maklumat tentang game ini akan dikongsi pada tahun depan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCStellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Mechamato Musim 3 Akan Bermula Pada 16 September!

Next Post

Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!

Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd