Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spy x Family umum ‘Season 2 & filem anime’ – akan tayang hujung tahun 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Spy x Family umum ‘Season 2 & filem anime’ – akan tayang hujung tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Spy x Family Season 1 telah tamat hampir 3 bulan lepas, tetapi nampaknya beberapa projek baharu kini dalam produksi. Diumumkan di acara AnimeJapan 2023 kelmarin, siri Spy x Family sah akan mengeluarkan Season 2 dan filem anime khas pada hujung tahun ini!

Secara lebih khusus lagi, Spy x Family Season 2 akan ditayangkan pada bulan Oktober 2023 di mana Kazuhiro Furuhashi kembali sebagai pengarah di WIT STUDIO dan CloverWorks. Pada masa yang sama, mereka turut mendedahkan poster untuk filem akan datang, yang bertajuk Spy x Family Code: White yang bakal dikeluarkan pada 22 Disember.

Poster filem anime

Filem ini merupakan projek serba baharu dengan jalan cerita original. Walaupun kisah ini tidak pernah muncul dalam manga tetapi pencipta – Tatsuya Endo – dikreditkan untuk karya dan reka bentuk original serta akan turut menyelia filem tersebut. Sama seperti siri anime, WIT STUDIO dan CloverWorks akan bertangunggjawab untuk animasi filem.

Bagi mereka yang tidak tahu, Spy × Family ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Tatsuya Endo. Mula diterbitkan melalui aplikasi dan laman web Shonen Jump+ terbitan Shueisha sejak Mac 2019, di mana bab-bab tersebut dikumpulkan dalam 10 jilid tankobon.

Untuk mengekalkan keadaan aman antara negara Westalis dan Ostania, seorang ejen perisik bernama “Twilight” ditugaskan untuk mengintip seorang pemimpin Parti Politik dari Ostania.

Walau bagaimanapun, satu-satunya cara untuk Twilight mendekatinya adalah dengan meletakkan seorang kanak-kanak di sekolah yang sama dengan anak pemimpin tersebut dan memintanya menyamar sebagai rakan sebaya.

Untuk mencapai matlamat ini dan mempersembahkan imej ‘keluarga yang bahagia’, dia mencipta alias Loid Forger, mengambil anak angkat bernama Anya, dan berkahwin dengan wanita bernama Yor Briar. Namun tanpa disedari, Anya sebenarnya adalah seorang telepati dan boleh membaca fikiran manakala Yor sebenarnya seorang pembunuh upahan profesional.

Adakah dia mesti memainkan peranan sebagai bapa dan suami yang sempurna untuk melaksanakan misinya?

Sinopsis

Buat sesiapa yang ingin tonton anime ini, Spy x Family kini boleh ditonton melalui Netflix dan BiliBili.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemSpy x Family
Previous Post

Semua yang diumumkan dalam Gundam Conference 2023 termasuk Gundam Metaverse & siri Gundam Build!

Next Post

Black Clover – Yuno dilantik sebagai Kapten, Perlawanan bersama Lucius kini bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Black Clover – Yuno dilantik sebagai Kapten, Perlawanan bersama Lucius kini bermula!

Black Clover - Yuno dilantik sebagai Kapten, Perlawanan bersama Lucius kini bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd