Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger

Maira by Maira
June 8, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Spy x Family: Organisasi rahsia yang disertai oleh Loid dan Yor Forger
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Spy X Family mesti tahu bahawa Loid dan Yor masing-masing mempunyai pekerjaan rahsia mereka. Loid sebagai ejen perisik manakala Yor pula seorang assassin. Masing-masing sangat pakar dalam kerja yang dilakukan. Tetapi pelik juga bagaimana pasangan ini tidak menyedari topeng yang dipakai antara satu sama lain. Rahsianya terletak kepada organisasi rahsia yang selalu menutup jejak mereka sepanjang siri ini. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenai organisasi rahsia ini dan bagaimana pasangan Forger ini menyertainya.

Loid merupakan seorang ejen perisik di bawah sebuah organisasi rahsia yang dipanggil WISE ataupun Westalian Intelligence Service. Misi utama mereka ialah untuk menjaga keamanan antara Westalis dan Ostania dengan segala cara yang ada. Tidak kiralah secara sabotaj, pengintipan dan banyak lagi.

Selepas berasa tiada benda yang dia boleh lakukan dalam tentera, Loid telah menerima tawaran untuk menjadi ejen rahsia untuk WISE. Dia telah lalui pelbagai latihan serta berjaya dalam semua ujian yang diberikan organisasi itu. Dengan gelaran “Twilight”, Loid menjadi salah seorang perisik terkenal dari Westalis.

Untuk misi terbarunya “Operasi Strix”, WISE telah menempatkan Loid sebagai seorang pakar psikiatri di Berlint General Hospital. Di samping Operasi Strix, Loid juga akan melakukan misi ringkas seperti menghentikan pengganas ataupun menangkap pencuri. Banyak juga kerja menjadi perisik ini.

Bercerita mengenai Yor pula, dia bekerja di bawah sebuah organisasi yang dipanggil “Garden“. Senang cerita, organisasi ini bukanlah badan ketenteraan yang rasmi. Tetapi tugas mereka ialah untuk menghapuskan pengkhianat atau ancaman terhadap negara Ostania. Kewujudan Garden juga dianggap sebagai cerita rekaan oleh ramai orang. Organisasi ini juga diketuai oleh seseorang yang dipanggil “Shopkeeper”.

Sejak muda lagi Yor telah bekerja untuk membantu adiknya, Yuri serta menyediakan segala keperluan untuknya. Semasa dia remaja, dia telah pun direkrut oleh Garden selepas melihat kemampuan fizikalnya yang hebat. Pada masa ini, Yor memang tidak kisah mengenainya kerana dia hanya ingin menyara kehidupannya dan Yuri.

Sama seperti Loid, Yor juga mempunyai pekerjaan biasa sebagai seorang kerani di Berlint City Hall. Selepas berkahwin dengan Loid, dia cuba untuk kurangkan kerjanya sebagai seorang assassin dan hanya menerima misi khas yang diberi oleh Shopkeeper sendiri.

WISE dan Garden boleh dikatakan sebagai dua organisasi yang datang daripada negara bertentangan. Tetapi mereka sangat cekap melakukan misi mereka, jadi tidak peliklah mengapa Loid dan Yor tidak sedar mengenai pekerjaan rahsia masing-masing. Tetapi bayangkan apabila ianya terbongkar, mesti huru-hara jadinya. Anda yang masih belum menonton anime ini, boleh pergi ke iQIYI atau Netflix untuk menontonnya. Di Youtube juga tersedia di saluran Muse Asia tetapi untuk masa terhad sahaja. Kalau anda ingin membaca liputan lain mengenai Spy x Family daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Loid ForgerSpy x FamilyYor Forger
Previous Post

Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna – Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin

Next Post

Mengapa siri Boruto tidak disukai orang ramai? – Sebab dan fakta!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mengapa siri Boruto tidak disukai orang ramai? – Sebab dan fakta!

Mengapa siri Boruto tidak disukai orang ramai? - Sebab dan fakta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd