Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Soundbar PC ‘Razer Leviathan V2’ boleh didapati sekarang pada harga RM1,399.00

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 21, 2022
in Artikel, Audio, Berita, Teknologi
0 0
0
Soundbar PC ‘Razer Leviathan V2’ boleh didapati sekarang pada harga RM1,399.00
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat teknolongi terkenal Razer hari ini telah mengumumkan Leviathan V2 baru, soundbar PC serba baru yang memberikan kejelasan audio untuk pengalaman mendengar yang terperinci dan mengasyikkan dari desktop. Bagi kawan-kawan yang ada duit lebih dan mahukan kualiti audio terbaik, Razer Leviathan V2 kini dijual pada nilai harga RM1,399.00.

Dari segi spesifikasi, Leviathan V2 merupakan soundbar gaming pertama yang menawarkan ciri THX®Audio Spatial untuk pentas bunyi yang luas. Berbekalkan dua driver jarak penuh, dua radiator pasif, dua tweeter, dan subwufer yang menghala ke bawah, Leviathan V2 boleh mencapai trebel yang jelas dan bass yang mendalam untuk meningkatkan pengalaman hiburan.

Soundbac PC ini boleh memuatkan pelbagai driver dan direka untuk menyediakan bunyi penuh dan ketelitian tinggi untuk pentas bunyi yang realistik, sambil memastikan kejelasan dalam dialog untuk setiap game dan filem, serta nada rendah untuk adegan aksi mendebarkan dan muzik latar belakang.

Selain itu, Razer Leviathan V2 dikuasakan oleh Razer Chroma™ RGB dengan 18 zon pencahayaan pada speaker, jadi korang boleh alami pengalaman yang lebih imersif dengan mengakses menu customisation RGB untuk kesan pencahayaan gaming yang dinamik.

Leviathan V2 datang dengan Bluetooth 5.2, memberikan pengguna sambungan yang stabil dan kemudahan tambahan apabila bertukar antara peranti yang sesuai. Selain reka bentuknya yang padat, Leviathan V2 juga mempunyai kaki yang boleh ditanggalkan, lantas membolehkan pemain melaraskan soundbar pada sudut yang sempurna untuk kesesuaian terbaik di bawah monitor.

Seperti saya kata tadi, Soundbar PC ‘Razer Leviathan V2’ boleh didapati sekarang di Razer.com dan pengedar sah Razer pada nilai harga RM1,399.00. Jika korang ada duit tambahan dan teringin pengalaman audio lebih mengasyikkan, ini adalah pilihan yang bagus sekali.

Untuk maklumat lanjut tentang produk di atas, sila tekan di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: audioRazer Leviathan V2Soundbar PCTeknologi
Previous Post

Dwayne Johnson “The Rock” akan sertai produksi untuk filem It Takes Two

Next Post

Amnesia: Rebirth termasuk dalam game percuma dari Epic Games Store

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Amnesia: Rebirth termasuk dalam game percuma dari Epic Games Store

Amnesia: Rebirth termasuk dalam game percuma dari Epic Games Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd