Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation

Amir Haziq by Amir Haziq
May 4, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

Discord merupakan aplikasi chat, panggilan video serta panggilan suara yang digunakan oleh ramai orang untuk bergaul dengan komuniti serta rakan mereka. Aplikasi ini juga amat diharapkan oleh semua pengguna konsol PlayStation untuk mereka gunakan semasa bermain. Kini, harapan pemain akan menjadi kenyataan kerana Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengumumkan kerjasamanya dengan Discord untuk digunakan sebagai medium sosial PlayStation.

Presiden dan CEO PlayStation, Jim Ryan telah membuat catatan di blog PS bahawa syarikat tersebut akan membawa pengalaman Discord ke konsol PlayStation dan telefon bimbit mulai awal tahun depan. Ryan juga menyatakan kolaborasi ini akan memberikan pengguna untuk berkongsi dengan rakan mereka semasa bermain di PS5 dan dijadikan sebagai medium berbual alternatif untuk pengguna sistem Sony.

Di samping itu, kerjasama Sony dan Discord ini akan bermula pada tahun 2022. Mungkin ini adalah perubahan utama yang akan dibawa dalam kemaskini terbesar platform PlayStation 5 untuk jangka masa panjang dari Sony. Syarikat tersebut akan menjadikan Discord sebagai cross-platform untuk pemain PS5 bergabung dan berbual dengan pemain PC tanpa banyak masalah.

SIE juga telah membuat pelaburan minoriti sebagai sebahagian daripada Discord Series H. Syarikat tersebut berasa teruja untuk memulakan kerjasama ini dan berharap mereka dapat memberi pemain membuat komuniti untuk menikmati pengalaman bermain bersama.

Sebelum ini, Microsoft telah cuba untuk mendapatkan Discord untuk dimasukkan ke ekosistem Xbox dan Windows. Tetapi aplikasi itu menolak tawaran tersebut walaupun Microsoft telah meletakkan nilai sekitar $10 bilion (anggaran RM41 bilion.) Aplikasi tersebut lebih memilih untuk bergerak sendiri dengan IPO dan ingin menjadi platform suara dominan.

Melalui kerjasama Sony dengan Discord ini, lebih mudah untuk pengguna konsol berbual dan berkongsi pengalaman bermain mereka bersama dengan pemain PC. Baru la meriah komuniti gaming nanti!

Sumber: PlayStation Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiscordplaystationSony Interactive Entertainment
Previous Post

Disney+ Malaysia rasmi datang pada 1 Jun! Harga langganan hanya RM 54.90 selama 3 bulan!

Next Post

Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!

Blizzard dan Fox mencetuskan pergaduhan tanda dagangan watak Diablo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd