Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony melancarkan penjenamaan PlayStation Studios khas untuk game buatan mereka sendiri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Artikel, Berita, PS4, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony melancarkan penjenamaan PlayStation Studios khas untuk game buatan mereka sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony hari ini melancarkan jenama baru untuk game first-party PlayStation yang bernama PlayStation Studios. Penjenamaan baru akan dilancarkan sekali dengan keluaran PlayStation 5 pada hujung tahun ini, dan nampaknya khusus hanya untuk permainan video di bawah pembangunan dan pengurusan Sony. Sebagai contoh, jika The Last of Us Part II dilancarkan pada akhir tahun ini, ia adalah antara game yang disertakan sekali di bawah jenama baru ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini -dan sedekad lalu- kehebatan game yang dikeluarkan daripada studio kami semakin kuat. Kami memikirkan cara bagaimana untuk menyatukan semua permainan hebat ini bawah satu jenama, dan tujuannya adalah untuk membuat pengguna memahami bahawa, ketika mereka melihat jenama ini, mereka bersiap sedia untuk pengalaman yang hebat, inovatif, mendalam daripada game oleh PlayStation. Oleh itu, kami memperkenalkan PlayStation Studio.” -kata Eric Lempel, naib presiden kanan dan ketua pemasaran global di Sony Interactive Entertainment, kepada GamesIndustry.biz.

Eric Lempel

Penjenamaan baru ini berfungsi untuk memberitahu orang ramai tentang trailer, iklan, pembungkusan permainan dan lain-lain datang secara langsung daripada PlayStation sendiri. Sebelum ini, tidak ada penjenamaan keseluruhan untuk game first-party PlayStation yang membezakannya daripada game lain yang diterbitkan di konsol PlayStation.

“Ini adalah cara yang baik untuk memberi tahu pengguna bahawa, jika mereka melihat sebuah game berkualiti, ia datang daripada kami. Jenama ini akan wujud untuk semua francais sedia ada yang terkenal, serta francais baru yang masih belum kita terokai.”

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bukan hanya game daripada studio yang dimiliki oleh PlayStation yang mempunyai penjenamaan ini. Walaupun game terbaru oleh studio seperti Naughty Dog dan Guerrilla Games akan menampilkan jenama PlayStation Studios, game-game lain yang diuruskan oleh Sony juga akan memaparkannya.

Untuk maklumat rasmi mengenai PlayStation 5 akan datang, Sony telah mendedahkan controller baru – DualSense – serta spesifikasi teknikal lengkap PS5. Reka bentuk controller telah berubah, dengan light bar di kedudukan baru, dan juga dilengkapi dengan maklum balas haptik untuk memberikan rasa sentuhan yang lebih mendalam kepada controller. PlayStation 5 secara rasmi ditetapkan untuk keluaran pada Holiday 2020. Anda boleh melihat semua liputan tentang PS5 di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation 5PlayStation StudiosPS4ps5Sony
Previous Post

Perkongsian maklumat Facebook Gaming bersama Michael Rose dan Yana Samsudin!

Next Post

Tony Stark kembali! Marvel’s Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tony Stark kembali! Marvel’s Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!

Tony Stark kembali! Marvel's Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd