Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic Rumble Diumumkan Untuk iOS & Android – Game Battle Royale Di Dunia Sonic!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2024
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile
0 0
0
Sonic Rumble Diumumkan Untuk iOS & Android – Game Battle Royale Di Dunia Sonic!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mengumumkan Sonic Rumble, game battle royale seramai 32 pemain berdasarkan siri Sonic the Hedgehog, yang dibangunkan dengan kerjasama Rovio.

Pengumuman ini disertakan bersama trailer yang anda boleh lihat di bawah:

Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi, tetapi game ini dijangka akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada musim sejuk ini (sekitar Disember hingga Mac tahun depan). Ujian beta tertutup akan dijalankan dari 24 hingga 26 Mei, dan bagi sesiapa yang berminat, anda boleh pra-daftar sekarang melalui laman web rasmi.

Kredit: SEGA

Game mobile Sonic akan datang ini menjemput pemain untuk memasuki dunia mainan jahat yang dicipta oleh Dr. Eggman. Dalam Sonic Rumble, pemain akan mengawal mainan figura untuk bersaing dalam perlawanan battle royale seramai 32 pemain yang mendebarkan, dengan berlumba sesama sendiri untuk mengumpul cincin terbanyak dan membuktikan diri mereka adalah yang terpantas dalam dunia itu.

Kredit: SEGA

Dengan watak ikonik dari universe Sonic the Hedgehog yang tersedia untuk customize, pemain juga boleh mencipta avatar unik mereka sendiri bagi menambah keasyikkan.

Kredit: SEGA

Berikut adalah antara watak yang pasti akan muncul dalam game ini:

  • Amy Rose
  • Big the Cat
  • Blaze the Cat
  • Charmy Bee
  • Cream the Rabbit
  • Death Egg Robot
  • Dr. Eggman
  • Espio the Chameleon
  • Jet the Hawk
  • Knuckles the Echidna
  • Metal Sonic
  • Miles “Tails” Prower
  • Rouge the Bat
  • Shadow the Hedgehog
  • Silver the Hedgehog
  • Sonic the Hedgehog
  • Vector the Crocodile
  • Zavok

Sonic Rumble sedang dibangunkan oleh Rovio Entertainment, studio game terkenal dari Finland yang mencipta siri Angry Birds. Syarikat itu dibeli oleh Sega pada 2023, lantas menjadi anak syarikat bahagian Sega Europe. Ini menandakan game pertama yang dikerjakan oleh Rovio berikutan pemerolehan Sega.

SEGA berhasrat untuk mengembangkan lagi jenama Sonic the Hedgehog dalam pasaran mobile gaming menggunakan kepakaran dan pengalaman pemasaran Rovio.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSSonic Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket TableCon Quest 2024 Kini Dijual – Menyeru Semua Peminat Permainan Tabletop!

Next Post

Game Kasual Hibrid Baharu “BLEACH” Sedang Dibangunkan Oleh KLab

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!
Berita

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!

July 4, 2025
Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Next Post
Game Kasual Hibrid Baharu “BLEACH” Sedang Dibangunkan Oleh KLab

Game Kasual Hibrid Baharu "BLEACH" Sedang Dibangunkan Oleh KLab

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd