Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Singapura Jadi Tuan Rumah Bagi Gran Turismo World Series 2026 Round 3; Tiket Dijual Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Sukan/lumba
0 0
0
Singapura Jadi Tuan Rumah Bagi Gran Turismo World Series 2026 Round 3; Tiket Dijual Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali dalam sejarah, kejohanan Gran Turismo World Series bakal bertandang ke Asia Tenggara, di mana pihak penganjur mengesahkan bahawa Round 3 bagi kejohanan tahun 2026 akan berlangsung di Sands Theatre, Marina Bay Sands, Singapura pada hari Sabtu, 3 Oktober 2026.

GT World Series 2026
Rd.3 Singapore tickets on sale now!

3 October @ the Sands Theatre, Marina Bay Sands in Singapore 🇸🇬

Experience the action live as the world’s top GT racers go head-to-head!

👇Secure your ticket!https://t.co/lN8kLYc0J4#GT7 #GranTurismo #GTWS #Singapore pic.twitter.com/4WHny7B0u4

— Gran Turismo (@thegranturismo) May 25, 2026

Sebagai pusingan ketiga dan terakhir sebelum peringkat World Finals di Tokyo pada Disember 2026, Singapura menjadi lokasi kritikal bagi para sim racer elit dunia untuk merebut mata penting dalam kategori Manufacturers Cup dan Nations Cup.

Bagi meraikan komuniti gaming serantau, cabaran khas “Singapore Regional Time Trial Challenge” akan dilancarkan menerusi game Gran Turismo 7 pada Ogos 2026. Pemain dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Korea Selatan, Taiwan, dan Hong Kong berpeluang untuk bersaing bagi merebut tempat ke pentas utama tersebut.

Enam pelumba terpantas dari Singapura bersama wakil terbaik dari setiap negara peserta lain akan dijemput ke Sands Theatre. Di sana, mereka bakal bersaing secara langsung dalam “Singapore Regional Gran Turismo Cup”; sebuah perlumbaan istimewa yang akan berlangsung di hadapan penonton secara live.

Maklumat Tiket dan Tawaran “Early Bird”

Tiket mula dijual secara rasmi bermula hari ini. Setiap tiket merangkumi akses penuh untuk sesi petang dan malam, termasuklah perlumbaan Manufacturers Cup, Nations Cup, dan Regional Cup.

  • Tiket Signature ($68): Menawarkan tempat duduk terbaik dan peluang sesi Meet & Greet bersama pemandu-pemandu World Series.
  • Tiket Premium ($48): Menjamin tempat duduk premium yang telah ditempah.
  • Tiket Classic ($38): Kemasukan standard.

Rebut diskaun Early Bird sebanyak 20% untuk semua pembelian tiket sebelum 30 Jun 2026. Selain itu, potongan harga sebanyak $10 turut diberikan kepada pelajar, individu di bawah usia 18 tahun, serta mereka yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual pertandingan dan pembelian tiket, peminat boleh melayari laman web rasmi di gran-turismo.com.

Tags: Gran Turismo World Series
ShareTweetSend
Previous Post

Crunchyroll Anime Awards 2026 – My Hero Academia Dinobatkan Anime Terbaik, Inilah Senarai Penuh Pemenang!

Next Post

Les’ Copaque Teroka Dunia 2D Dengan Siri Animasi ‘Legasi Kuasa,’ Bakal Tayang 20 Jun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Les’ Copaque Teroka Dunia 2D Dengan Siri Animasi ‘Legasi Kuasa,’ Bakal Tayang 20 Jun Ini!

Les’ Copaque Teroka Dunia 2D Dengan Siri Animasi ‘Legasi Kuasa,’ Bakal Tayang 20 Jun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd