Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shinchan Masuk Alam Yōkai! Filem Terbaru Shinchan Tiba Di Pawagam Malaysia Bulan Depan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 24, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Shinchan Masuk Alam Yōkai! Filem Terbaru Shinchan Tiba Di Pawagam Malaysia Bulan Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengedar anime Muse Asia bersama Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengesahkan bahawa filem Crayon Shinchan the Movie: Spooky! My Yokai Vacation akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Oktober 2026.

Filem ini merupakan animasi 2D tradisional yang ke-33 dalam francais ini. Ia mula ditayangkan di Jepun pada 31 Julai lalu dan dengan pantas mencatat kejayaan besar sebagai filem hit musim panas di sana.

Yokai, mayhem, and Shinchan?! 👹 What could possibly go wrong?

This holiday is about to get a LOT stranger! 😱✨
Join Shinchan and the Nohara family on an unforgettable journey into the world of yokai!

🎬 Crayon Shinchan the Movie: Spooky! My Yokai Vacation 📅 In GSC starting… pic.twitter.com/eSa14GV8E4

— GSC (@GSCinemas) September 19, 2026

Dalam filem ini, keluarga Nohara bertolak ke Prefektur Akita… iaitu kampung halaman bapa Shin-chan, Hiroshi. Mereka merancang untuk menikmati cuti musim panas yang tenang sambil melawat datuk dan neneknya, di samping menyaksikan Festival Bunga Api Omagari yang cukup terkenal.

Walau bagaimanapun, percutian mereka bertukar huru-hara apabila satu kejadian misteri menyebabkan yōkai (makhluk halus dan raksasa dalam dongeng Jepun) terlepas daripada alam tersembunyi mereka.

Apabila makhluk-makhluk ini mula melakukan kekacauan di sekitar Akita dan serata Jepun, Shin-chan sekeluarga secara tidak sengaja termasuk ke dalam “Yokai Land” yang terlarang. Keluarga Nohara akhirnya terperangkap dalam satu pengembaraan di alam roh yang aneh, sambil berusaha menyelamatkan kedua-dua dunia berkenaan.

Tags: Crayon Shinchan
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Fest+ 2026/2 Kembali Ke WTCKL Hujung Minggu Ini – Sorotan Penuh & Jadual Pentas

Next Post

Evolusi Dua Dekad World of Warcraft – Blizzard Jelaskan Hala Tuju Midnight, WoW Forever & Masa Depan MMO

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Evolusi Dua Dekad World of Warcraft – Blizzard Jelaskan Hala Tuju Midnight, WoW Forever & Masa Depan MMO

Evolusi Dua Dekad World of Warcraft - Blizzard Jelaskan Hala Tuju Midnight, WoW Forever & Masa Depan MMO

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd