Walaupun Shin Ultraman sedang sibuk ditayangkan di pawagam Jepun sekarang, filem Shin Kamen Rider pula sedang sibuk mengeluarkan teaser dan poster baru yang mendedahkan rupa musuh dan aksi yang kita bakal tonton.
Diarahkan oleh Hideaki Anno (Neon Genesis Evangelion), trailer di atas menunjukkan serba sedikit hubungan antara Takeshi Hongo (Kamen Rider) dan Ruriko Midorikawa, yang masing-masing dilakonkan oleh Sousuke Ikematsu dan Minami Hamabe, sambil mempamerkan beberapa adegan aksi tokusatsu akan datang.

Selain trailer, poster rasmi filem itu juga memberi sinopsis pendek tentang Shin Kamen Rider serta mendedahkan beberapa pelakon baru. Shinya Tsukamoto, Toru Tezuka dan Suzuki Matsuo akan menyertai barisan pelakon filem sebagai orang jahat, manakala Tasuku Emoto akan mengambil peranan sebagai Hayato Ichimonji atau Kamen Rider No. 2.




Berikut adalah sinopsis filem:
Dalam Shin Kamen Rider Takeshi Hongo adalah seorang pemuda bijak yang diculik oleh organisasi rahsia, Shocker. Takeshi kemudian diubah menjadi cyborg kuat bernama Kamen Rider No. 1 dalam suatu eksperimen yang kejam.
Seorang saintis, Dr. Midorikawa, membantu Takeshi melepaskan diri dari cengkaman Shocker sebelum mereka dapat mencuci otaknya untuk menjadi tentera super. Maka, mula lah kisah Shin Kamen Rider untuk membasmi bumi daripada ancaman musuh.
Bagi mereka yang tidak tahu, filem Shin Kamen Rider dibuat sempena ulang tahun ke-50 adiwira tokusatsu Kamen Rider dan merupakan “reboot” ketiga oleh Hideaki Anno selepas Shin Godzilla dan Shin Ultraman. Buat masa sekarang, Shin Kamen Rider dijangka akan keluar pada Mac 2023. Ini adalah filem reboot.
Source: Eiga Natalie
@gamersantaimy
Discussion about this post