Pertama kali dilancarkan untuk Jepun pada Februari 2024, akhirnya game Shin chan: Shiro and the Coal Town akan dilancarkan secara global untuk Nintendo Switch dan PC (Steam) pada 24 Oktober, menurut penerbit Neos.
Nohara Hiroshi tiba-tiba diberi tugasan kerja berhampiran kampung halamannya di Akita. Jadi keluarga Nohara pergi ke sebuah kampung kecil berhampiran rumah ibu bapa Hiroshi dan menyewa rumah ladang tradisional Jepun. Terletak dalam landskap luar bandar yang tenang, mereka memulakan kehidupan yang riang dan tenang di kawasan luar bandar.

Pada suatu pagi, Shiro muncul di rumah sambil diliputi jelaga. Nohara Shinnosuke (atau lebih dikenali sebagai Shin-Chan memandang dengan keliru, tetapi Shiro tiba-tiba melarikan diri! Shin-Chan mengejar Shiro sehingga dia melihat kereta api misteri yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Shin-Chan mengikut Shiro dan secara tidak sengaja menaiki kereta api ini.

Kereta api misteri itu berhenti di sebuah bandar yang meriah dan makmur yang tempoh masa seolah-olah masih di zaman Showa. Bandar ini bernama Coal Town ini, dan ramai orang ceria menjalani kehidupan seharian mereka. Selepas bertemu dengan seorang gadis muda misteri, Shin-Chan mula berkawan dengan penduduk Coal Town, lalu bermulalah pengembaraan terbaharunya!

Secara am, gameplay pula dibahagikan kepada dua segmen, kehidupan di Akita dan kehidupan di Coal Town – yang saling berkaitan dan terdiri daripada pelbagai aktiviti. Berikut adalah rumusan perkara yang pemain boleh lakukan:
Kehidupan di Akita

Di kampung Akita, Shin-Chan akan menjalani kehidupan biasa sebagai seorang kanak-kanak riang dengan meneroka kawasan sekeliling sambil memancing, mengumpul serangga, dan mengutip sayuran-sayuran.
Sungai-sungai Akita penuh dengan pelbagai jenis ikan, daripada jenis biasa kepada spesies yang jarang ditemui. Eksperimen dengan masa dan lokasi yang berbeza untuk menangkap ikan yang anda inginkan.

Seterusnya, pelbagai jenis serangga hidup di dalam semak dan hutan. Malah, Shin-Chan mungkin dapat menemui beberapa serangga yang hanya wujud di kampung! Pada masa yang sama, Shin-Chan boleh mencari sayur-sayuran di sepanjang jalan kampung dan di pergunungan, yang kemudian boleh diserahkan kepada penduduk kampung.
Akhir sekali, nenek Shin-Chan di Akita akan mengajar cara menanam sayur-sayuran. Tanam lebih banyak sayur-sayuran untuk mendapatkan lebih banyak benih baru. Anda juga boleh menggunakan sayur-sayuran segar sebagai bahan untuk memasak.
Kehidupan di Coal Town

Terdapat seorang wanita muda genius dan cantik di Coal Town! Bekerjasama dengan wanita muda ini untuk mencipta teknologi yang menakjubkan dengan bantuan mesin peliknya. Untuk membina teknologi-teknologi aneh ini, Shin-Chan perlu mengumpul barang-barang berbeza di sekitar bandar.
Seterusnya, penduduk Coal Town suka melepak di kedai makan. Shin-Chan dapat membantu pemilik kedai dengan menghasilkan menu baharu, sama ada menangkap ikan atau mencari bahan lain.

Akhir sekali adalah Trolly Race, sejenis sukan lumba yang popular di kalangan penduduk Coal Town. Menangi setiap perlumbaan untuk menerima barangan eksklusif.
@gamersantaimy
Discussion about this post