Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Set Commander Masters MTG Yang Berkuasa dan Popular Bakal Kembali pada 4 Ogos 2023!

Maira by Maira
July 27, 2023
in Artikel, Berita, Kad Strategi, Tabletop
0 0
0
Set Commander Masters MTG Yang Berkuasa dan Popular Bakal Kembali pada 4 Ogos 2023!

Kredit: Wizards of the Coast

Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik buat semua pemain Magic: The Gathering (MTG)! Wizards of the Coast akan melepaskan set terbaru, Commander Masters untuk semua pemain dapatkan. Untuk pengetahuan anda, Commander Masters merupakan set Master yang terikat kepada Commander, yang merupakan salah satu cara bermain MTG yang popular. Set ini mempunyai kad reprint kegemaran ramai dan juga 40 kad baharu yang berkuasa, direka untuk format multiplayer. Anda boleh dapatkannya di kedai game serta kedai dalam talian secara eksklusif pada 4 Ogos 2023.

Kredit: Wizards of the Coast

Versi baru kad kegemaran ramai menjadi spotlight dalam set Commander Masters, termasuklah Borderless Frame Break style baru, di mana artwork kad seperti timbul keluar! Kad yang mempunyai kemasan foil, etched dan bertekstur kembali untuk mereka yang mencari kad yang rare untuk dimasukkan dalam koleksi masing-masing. Legendary creature juga menerima seni baharu dengan siri Borderless Profile. Kesemua kad versi Borderless tersedia dalam setiap jenis pek booster, membuatkannya set Master yang paling mudah untuk diakses.

Kredit: Wizards of the Coast
Kredit: Wizards of the Coast
Kredit: Wizards of the Coast
Kredit: Wizards of the Coast

Commander Masters turut menawarkan empat Commander Deck prabina yang berkuasa tinggi, membolehkan pemain untuk terus mulakan Commander game. Setiap dek dibina dengan archetype popular dan berkuasa! Kesemua empat dek mempunyai 10 kad yang baru direka bentuk, Commander foil-etched dan kad yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada yang biasa. Commander juga format MTG yang paling popular dan banyak dimainkan dalam MTG, dan set ini menawarkan pengalaman yang sempurna.

Kredit: Wizards of the Coast
Kredit: Wizards of the Coast
Kredit: Wizards of the Coast

Set Commander Masters mempunyai Draft Booster, Set Booster, Collector Booster dan Commander Deck. Anda boleh lawati laman web rasmi MTG Commander Masters untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Baca segala liputan kami tentang MTG di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Commander MastersMagic: The GatheringMTGTabletop
ShareTweetSend
Previous Post

Riot Games dedahkan gameplay baru Project L, Sesi Demo akan diadakan di EVO 2023!

Next Post

Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang Ogos 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang Ogos 2023!

Jom Lihat Barisan Filem & Siri Menarik Netflix Sepanjang Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd