PlayStation Plus serba baru sudah bermula di Malaysia sejak bulan lepas. Malangnya, terdapat banyak kes kekeliruan, seperti versi game klasik PS1 mana yang kita boleh akses – antara versi PAL 50hz atau versi NTSC 60hz yang lebih unggul, bagi langgan langganan PS Plus Deluxe.
Menurut Video Games Chronicle, pihak mereka telah menguji sebanyak 13 game PS1 di servis tersebut semasa pelancaran dan mendapati bahawa 7 daripada jumlah itu adalah versi PAL. Antara pilihan NTSC adalah Oddworld: Abe’s Odysee dan Tekken 2.

Nasib baiklah kita ada berita baik kerana PlayStation Asia telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu. Walaupun mereka tidak menjelaskan bagaimana atau mengapa perkara itu terjadi, PlayStation Asia telah mendedahkan rancangan untuk memberi pelanggan pilihan bagi menukar kepada versi NTSC untuk beberapa negara.
Info itu datang daripada halaman Facebook rasmi PS Asia dan berikut adalah pernyataan penuh:
Kami merancang untuk mengeluarkan pilihan NTSC untuk kebanyakan game klasik yang ditawarkan pada pelan PS Plus Premium dan Deluxe di rantau Asia, Eropah, Timur Tengah, India, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand.

Malangnya, mereka tidak mendedahkan ‘bila’ kemas kini ini akan dilaksanakan.
Isu tentang versi PAL dan NTSC bermula semasa pelancaran awal di Asia. Negara seperti Taiwan mendapati bahawa mereka bermain game versi PAL walaupun ia mempunyai sokongan NTSC.
Sudah tentu itu tidak masuk akal, tetapi teori di internet kata bahawa sesetengah game hanya boleh bermain secara versi PAL kerana masalah berkaitan dengan sokongan bahasa. Versi NTSC untuk beberapa game PS1 tidak mempunyai sokongan bahasa di negara tertentu, manakala versi PAL mempunyai sokongan.
Jadi itulah hujah utama.
Ini belum termasuk masalah ‘PS Plus stack‘ atau ‘refund RM50.00 jadi 50 sen‘. Buat masa ini, respon kepada servis PS Plus baru masih berbelah bahagi tetapi kita lihat bagaimana Sony akan uruskan perkhidmatan ini pada masa depan.
Untuk segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post