Seorang pemain yang dikenali sebagai Tojimaru aim nak jadi player tergemuk dalam game Scum, sebuah game simulasi survival. Korang boleh tengok progress dia kat reddit.
Berdasarkan temuramah dengan PC Gamer kat PAX Australia, co-founder Devolver Digital Graeme Struthers kata yang pihak dia aware pasal effort ni. Buat masa ni, characters dalam Scum boleh mati daripada hypothermia, tapi serangan jantung akibat daripada overweight dan makan berlebihan belum ada lagi.
Struthers kata kalau dia tambah mati akibat serangan jantung, mungkin Tojimaru boleh buat diet pulak…senaman apa yang nak buat ke. Kot-kot Tojimaru boleh buat buku pasal Scum punya diet dan kaedah senaman.
Tapi Struthers confirm takde kot dalam next patch serangan jantung. Tapi yang confirm ada vehicles. Setakat ni yang dah confirm SUV dan tractor. Buat masa ni belum ada date lagi untuk patch tu, sebab masih lagi tengah test internally.
@gamersantaimy
Discussion about this post