Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Segala masalah Cyberpunk 2077 didedahkan termasuk isu pekerja & demo palsu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2021
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Genre
0 0
0
Segala masalah Cyberpunk 2077 didedahkan termasuk isu pekerja & demo palsu!
Share on FacebookShare on Twitter

Cyberpunk 2077 boleh dikatakan telah mengalami salah satu “launching” paling teruk dalam sejarah permainan video. Di situ, beberapa pekerja dari CD Projekt Red membuat kenyataan kepada Jason Schreier dari Bloomberg, untuk menjelaskan bagaimana visi mereka yang terlalu tinggi tanpa sengaja membuatkan Cyberpunk 2077 menjadi salah satu permainan paling mengecewakan pada tahun 2020.

Dear gamers,
Below, you’ll find CD PROJEKT’s co-founder’s personal explanation of what the days leading up to the launch of Cyberpunk 2077 looked like, sharing the studio’s perspective on what happened with the game on old-generation consoles. pic.twitter.com/XjdCKizewq

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) January 13, 2021

Pada 13 Januari, Ketua Pegawai Eksekutif Marcin Iwinski mengeluarkan pernyataan yang menjelaskan apa yang berlaku di sebalik tabir produksi Cyberpunk 2077. Dia mengaitkan kegagalan itu dengan visi mereka yang terlalu bercita-cita tinggi dan menyalahkan studio kerana gagal mengoptimumkan permainan untuk konsol generasi sebelum. Namun, ini bertentangan dengan maklumat yang ditulis oleh Bloomberg. Schreier mendakwa bahawa studio pada awalnya berharap dapat mengeluarkan permainan sebelum pelancaran konsol generasi baru.

Memang betul bahawa Iwinski memandang rendah pada skop projek ini. Namun, masalah-masalah ini rupanya boleh dicegah. CD Projekt Red mulakan projek ini empat tahun selepas pengumuman asal pada tahun 2016, dan menggunakan engine baru yang masih dalam pembangunan. Seorang pemaju membandingkan engine ini seperti:

“Memandu kereta api walaupun landasannya masih dalam pembinaan.”

Selain itu, pengarah permainan pun bertukar pada tahun 2016 kepada Adam Badowski. Walaupun dia membantu melancarkan produksi, dia juga menuntut beberapa perubahan yang signifikan. Pada masa inilah permainan beralih dari perspektif “third-person” kepada “first-person“. Perubahan ini membawa kepada banyak perselisihan faham antara Badowski dan ahli pasukan, yang mengakibatkan mereka meletakkan jawatan.

Kepimpinan menjadi masalah berterusan di CD Projekt Red semasa pengembangan Cyberpunk 2077. Studio ini terpaksa mengupah lebih ramai pekerja untuk mengatasi beban kerja. Menurut pekerja, pihak pengurusan gagal untuk menguruskan kakitangan tambahan, lantas membuatkan pasukan jadi tidak teratur. Di samping itu, CD Projekt Red menghadapi masalah kerana terlalu bergantung pada pakar barat untuk membantu merancang sistem permainan. Halangan bahasa memburukkan lagi masalah lain yang dihadapi oleh studio.

Previu Cyberpunk 2077 di E3 2018

Pihak pengurusan pun lebih mementingkan pemasaran daripada pengembangan. Itulah alasan di sebalik demo palsu Cyberpunk di E3 2018. Semua pemaju sedang menumpukan perhatian pada “coding” dan mekanik asas permainan semasa pameran tetapi pihak pengurusan mengambil keputusan untuk mengabaikan kebanyakkan isu teknikal dan menutup masalah yang diketahui. Ini amat bertentangan dengan kata-kata Iwinski yang menyatakan bahawa pihak pengurusan menyedari sepenuhnya keadaan permainan sebelum pelancaran.

– One CDPR developer told their manager that they didn't want to work overtime, as their CEO had said would be OK. Fine, their manager said, but one of their other coworkers would just have to work extra hours to make up for them. Several other developers shared similar stories

— Jason Schreier (@jasonschreier) January 16, 2021

Semua orang di CD Projekt Red tahu permainan ini tidak akan siap dalam masa terdekat tetapi pihak pengurusan memberi kejutan dengan pengumuman tarikh keluaran pada tahun 2020. Untuk menepati tarikh keluaran, studio itu terpaksa bekerja lebih masa untuk memenuhi jangkaan. Secara teknikal, tiada siapa diminta untuk bekerja lebih masa. Namun, banyak pemaju terasa tertekan dan terpaksa mengambil syif tambahan. Disebabkan itu, Cyberpunk 2077 dikeluarkan dalam keadaan tidak siap pada akhir Disember 2020.

Saya harap industri “gaming” tidak akan mengulang perkara ini dan belajar daripada kesilapan di atas. Untuk segala liputan kami tentang Cyberpunk 2077, sila tekan pautan ini.

Sumber – Bloomberg

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077isumasalah
Previous Post

Gameplay baru Pokemon Unite dibocorkan bersama pendedahan fitur customization!

Next Post

Naughty Dog rasmi sedang bikin permainan baru, didedahkan dalam senarai jawatan kosong!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Naughty Dog rasmi sedang bikin permainan baru, didedahkan dalam senarai jawatan kosong!

Naughty Dog rasmi sedang bikin permainan baru, didedahkan dalam senarai jawatan kosong!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd