Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sediakan duit poket anda kerana game-game hebat ini akan muncul Tahun 2020!

Permainan baru, Remake, atau sambungan sekuel? Semuanya hebat-hebat!

Nyny.A by Nyny.A
December 26, 2019 - Updated on December 30, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sediakan duit poket anda kerana game-game hebat ini akan muncul Tahun 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan bakal kehadiran konsol generasi akan datang yang bakal hadir tahun depan, dan permainan pertama iaitu GodFall telah diperkenalkan yang khas serta eksklusif untuk konsol PlayStation 5 tersebut juga Xbox Series X tidak ketinggalan , permainan untuk konsol sebelum ini masih belum berakhir, kerana pelbagai nama besar yang epik telah menyusun kehadiran masing-masing tahun 2020 ini!

Baru-baru ini kami turut mengongsikan beberapa anime yang diadaptasi dalam permainan video yang bakal hadir tahun hadapan. Jadi tanpa lengahkan masa, hari ini kami akan kongsikan permainan yang menjadi perhatian beberapa tahun ini dan membuat ramai tertunggu-tunggu kehadiranya tahun 2020 ini! Jom kita mulakan barisan mainan tahun 2020 yang boleh menarik perhatian anda!

Yakuza Like A dragon 

Tarikh Keluaran: 16 Januari 2020 (Jepun) TBA (Seluruh kawasan lain) | Platform: PlayStation 4 | Genre: RPG

Buat kali pertama dalam siri Yakuza, tumpuan beralih dari Tokyo dan Kabukichō fiksyen rekreasi yang dipanggil Kamurocho. Sebaliknya, kebanyakan permainan berlaku di Yokohama daerah Isezaki Ijincho yang berdasarkan kepada kehidupan nyata kawasan tersebut. Kawasan Kamurocho dan daerah Osaka Sotenbori (kawasan lain dari permainan Yakuza sebelumnya, berdasarkan daerah Dotombori sebenar) juga akan dipaparkan dalam permainan. Yakuza: Like A Dragon juga merupakan permainan utama pertama yang pratagonis utamanya bukan Kazuma Kiryu dan memperkenalkan pratagonis baru iaitu Ichiban Kasuga.

DLC Kingdom Hearts 3 Re:Mind 

Tarikh Keluaran: 23 Januari (PS4), 25 Februari 2020 (Xbox One)| Platform: PlayStation 4, Xbox One | Genre: RPG

Telah dikongsikan awal bulan Disember mengenai DLC Kingdom Hearts 3 Re:Mind akan datang tahun depan mengisahkan mereka menyambung pencarian Kairi, Sora mengembara ke Keyblade Graveyard untuk seketika sebelum pertarungan terakhir berlaku.

Marvel Iron Man VR

Tarikh Keluaran: 28 Februari 2020 (PSVR) | Platform: PlayStation 4 | Genre: Game Menembak VR

Berikutan kejayaan Spider-Man 2018, Sony dan Marvel sekali lagi bekerjasama untuk Iron Man VR. Dengan pengawal Playstation Move yang berfungsi sebagai gerakan tapak tangan Iron Man, Iron Man VR membawa anda ke langit untuk pertempuran udara sebagai superhero dan mengejar misi. Anda juga boleh lihat review gameplay Iron Man VR kami sebelum ini.

Final Fantasy VII Remake

Tarikh Keluaran: 3 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: Aksi RPG

Selepas selama 5 tahun penantian kesemua peminat Final Fantasy untuk Remake ini, akhirnya ianya telah pasti dilancarkan tahun hadapan! Dan yang paling menarik, demonya terbocor akan hadir untuk pemain mencubanya dalam awal tahun hadapan juga!

Watch Dogs: Legion

Tarikh Keluaran: 3 Mac 2020 | Platform: PS 4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, PC, Stadia | Genre: Aksi Adventure

merupakan sekuel dari yang pertama, dan lebih watak lagi untuk dimainkan. Penceritaan memberi fokus kepada sekumpulan hacker bernama DedSec yang menakhluk kota London di United Kingdom. Boleh dimainkan secara solo dan multiplayer. Dikatakan juga, Watch Dogs Legion dalam perancangan untuk mengeluarkan permainan ini untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X juga!

Nioh 2

 

1 of 5
- +

Tarikh Keluaran: 13 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: Aksi RPG
Berberapa tangkapan skrin permainan ini baru sahaja dikongsikan di Facebook PlayStation Asia beberapa jam lalu seperti yang ditonjolkan di galeri diatas, prekuel permainan pasukan Ninja yang hebat ini kembali lagi dan akan membenarkan pemain meneruskan menguna abiliti Yokai mereka untuk semua misi!

Doom Eternal

Tarikh Keluaran: 20 Mac 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: FPS

Sepatutnya hadir pada bulan November 2019, tetapi Doom Eternal telah ditangguhkan kepada Mac tahun hadapan dengan alasan pemaju untuk memberi lebih piawaian kelajuan dan permainan sempurna. Platform untuk Switch juga masih dalam pembentukan cuma masih belum ada tarikh tetap.

Bleeding Edge

Tarikh Keluaran: 24 Mac 2020 | Platform: Xbox One, PC | Genre: Aksi Strategi masa nyata

Bleeding Edge adalah permainan video pertempuran multiplayer yang dibangunkan oleh pemaju Ninja Theory dari British dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios untuk Xbox One dan Windows 10, yang dijadual dilancarkan pada 24 Mac 2020. Beta tertutup juga dikatan akan dibuka pada pemain bermula 14 Februari 2020.

Half-Life: Alyx

Tarikh Keluaran: TBA Mac 2020 | Platform: PC (VR) | Genre: VR FPS

Setelah lebih 12 tahun menanti, siri Half-Life diteruskan tetapi dalam versi VR! Iya bukan seperti yang lalu, permainan ini kali ini hanya khas untuk PC dengan kegunaan Headset VR. Walaupun platform baru, formula permainan utama masih eksplorasi, teka-teki dan pertempuran.

Resident Evil 3 Remake

Tarikh Keluaran: 3 April 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC | Genre: survival horror game

Masih ingat dengan Remake Resident Evil 2 yang mendapat kejayaan dengan penjualanya yang hebat? Capcom sekali lagi ingin menggembirakan peminat dengan siri terkenal mereka ini dengan pembikinan semula Resident Evil 3 Remake! Lebih menarik, pembelian RE 3 Remake ini akan termasuk sekali mod Project Resistance yang merupakan permainan terbaru versi multiplayer dalam siri ini.

Cyberpunk 2077

Tarikh Keluaran: 16 April 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: RPG

Sepanjang treler dan pengenalanya menjadi gempak-gempak belaka! Permainan yang dinantikan ramai orang ini bakal menjadi sesuatu yang besar dan epik untuk tahun 2020 terutama dengan penampilan Keanu Reeves yang turut ada dalam permainan! Tetapi sehebat mana Cyberpunk 2077 ini? Adakah mungkin ia akan menjadi seperti Sekiro Shadow Die Twice dengan memenangi Best Game di The Game Awards 2019 atau hanya akan menjadi biasa-biasa sahaja?

Marvel Avengers

Tarikh Keluaran: 15 Mei 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure

Satu lagi blokbusters terbesar 2020, Marvel Avengers membawa pemain ke dalam dunia buku komik yang penuh peminat ini melalui enam wira yang boleh dimainkan: Hulk, Captain America, Iron Man, Black Widow, Thor dan Kamala Khan. Ia mempunyai ciri pemain tunggal, Hero Mission berasaskan cerita, serta misi Warzone co-op.

The Last of Us Part II

Tarikh Keluaran: 29 Mei 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure, Survival Horror

Sebuah permainan yang lama ditunggu-tunggu dan merupakan salah satu daripada permainan terbaik dari generasi PS3 dan Xbox 360, The Last of Us Part II terus mengambil kisah Ellie dan Joel dalam kesiambunganya tahun hadapan. Walau bagaimanapun, kali ini, anda akan bermain sebagai Ellie dan merentasi apa pelbagai rintangan perjalananya.

Disintegration

Tarikh Keluaran: Awal atau akhir Q1/Q2 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC | Genre: FPS

Release Date: Late Q1/Early Q2 2020 | Platform(s): PS4, Xbox One, PC

Disintegration adalah FPS sains fiz dari pencipta permainan Halo- Marcus Lehto. Penembak pemain orang pertama (FPS) dan mekanik RTS. Permainan ini juga menampilkan kedua-dua kempen pemain tunggal dan multiplayer PvP.

Dying Light 2

Tarikh Keluaran: Musim bunga 2020 | Platform: PS4, Xbox One, PC, Stadia | Genre: Action Adventure, Survival Horror

Mendapat ramai peminat ketika kehadiran pertamanya pada tahun 2015, Techland kembali sekali lagi dalam dunia Dying Light 2 yang dijadualkan akan hadir tahun depan. Sekuel memperkenalkan dua kali ganda aksi langkah parkour berbanding dengan asal dan peningkatan keputusan misi pemain.

Ghost of Tsushima

Tarikh Keluaran: Musim panas 2020 | Platform: PS4 | Genre: Action Adventure

Teruskan dengan tradisi samurai dan menjalin laluan baru, jalan kepada hantu, semasa anda memulakan pengembaraan dunia terbuka yang luas dan melancarkan perang tidak konvensional untuk kebebasan Tsushima. Permainan yang didedahkan treler sepenuhnya di The Game Awards dua minggu lalu ini, nyata memberi kejutan pada semua peminat terutama dari segi kualiti grafiknya.

Outriders

Tarikh Keluaran: Musim panas 2020 | Platform: PS4, Xbox one, PC | Genre: Penembak Co-op

Permainan seterusnya dari Bulletstorm yang dimajukan oleh People Can Fly, Outriders merupakan permainan menembak orang ketiga (Third person shooter) yang diset kan dalam alam yang kelam dam sci-fi. Permainan ini boleh dimainkan sehingga tiga orang dalam co-op multiplayer.

Halo Infinite

Tarikh Keluaran:Musim cuti 2020 | Platform: Xbox Series X, Xbox one, PC | Genre: FPS

Maskot yang paling ketara untuk jenama Xbox, Master Chief akan membantu Microsoft meneruskan permainan konsol generasi seterusnya di musim cuti 2020. Walaupun Halo Infinite akan menjadi tajuk pelancaran Projek Scarlett, versi Xbox One dan PC juga akan dikeluarkan. Bonnie Ross 343 berkata Infinite adalah “reboot rohani” untuk francais tercinta.

Godfall

Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 5, PC | Genre: RPG Aksi

Sangat mengejutkan apabila dedahanya di The Game Awards 2019 dan ia merupakan permainan pertama yang bakal hadir untuk konsol generasi terbaru iaitu PlayStation 5! Dinyatakan sebagai ‘Looter-Slasher’ dan dapat dimainkan secara solo atau 2 lagi rakan. Ia juga merupakan permainan eksklusif di Epic Game Store di PC.

Predator: Hunting Grounds

Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 4 | Genre: RPG Aksi

Predator: Hunting Grounds adalah permainan multiplayer asimetri di mana satu pemain mengawal Predator titular dan empat orang lain mengawal tentera manusia. Ia dibangunkan oleh Illfonic, studio di sebalik satu lagi permainan asimetris Friday the-13.

Fast & Furious Crossroads

Tarikh Keluaran: TBA 2020 | Platform: PlayStation 4, Xbox One, PC | Genre: Game Aksi & Perlumbaan

Memaparkan jalan cerita yang sahih dan penuh dengan wira asal cerita, alat, kereta dan tindakan sinematik tanpa henti, Fast & Furious Crossroads akan menyampaikan permainan berdebar dalam mod cerita pemain tunggal dan mod berbilang pemain yang akan didedahkan tidak lama lagi.

Spellbreak

Tarikh Keluaran: Musim bunga 2020 | Platform: PlayStation 4, PC | Genre: Battle Royale

Sebuah permainan Battle Royale yang lain daripada yang lain! Kini telah bukak untuk ujian beta tertutup kepada pemain yang mendaftar, dan masih lagi belum menentukan tarik keluaran yang rasmi tetapi apa yang pasti adalah tahun 2020. Permainan battle royale ini bukan serupa seperti yang lain yang sering menggunakan senjata api, tetapi dalam Spellbreak, anda akan menggunakan kuasa magik untuk menentang musuh!

Dan selebihnya…

Jadi ini adalah dari senarai kami untuk anda, banyak lagi sebenarnya permainan yang akan hadir tahun 2020! Kesemuanya menarik dan boleh buat kita terkedu! Mungkin lain hari kami akan kongsikan lagi. Jadi siap sedia dengan tahun baru, dan jom kongsikan bersama kami permainan yang mana menjadi suatu penantian yang membuat anda bersungguh-sungguh untuk memilikinya!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Barisan permainan 2020Bleeding EdgeCyberpunk 2077disintegrationDLC Kingdom Hearts 3 Re:MindDoom Eternaldying light 2Fast & Furious Crossroadsfinal fantasy vii remakeghost of tsushimaGodfallHalf-Life: AlyxHalo InfiniteMarvel AvengersMarvel Iron Man VRNioh 2Outriderspredator: hunting groundsresident evil 3 remakeSPELLBREAKThe Last of Us part IIyakuza: like a dragon
Previous Post

HENSHIN!! Sejarah penuh setiap Kamen Rider di era Shōwa! (1971 – 1989)

Next Post

Ribut salji melanda gamers-gamers di Fortnite! Adakah sesuatu akan muncul?

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Ribut salji melanda gamers-gamers di Fortnite! Adakah sesuatu akan muncul?

Ribut salji melanda gamers-gamers di Fortnite! Adakah sesuatu akan muncul?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd