Selepas mengeluarkan meja gamingnya yang pertama pada tahun lalu, Secret Lab kini kembali dengan mengeluarkan versi terbaru mereka iaitu Secret Lab Magnus Pro!
Dengan memperkenalkan versi terbaru ini, mereka juga menambah ciri-ciri yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat mereka iaitu sit-to-stand. Ciri-ciri dihadirkan pada meja ini supaya pemain boleh menggunakan PC secara duduk ataupun berdiri. Memang serba boleh meja gaming baru dari Secret Lab kali ini.

Tidak seperti meja sit-to-stand yang lain, control panel yang ada pada meja ini adalah built-in yang sememangnya susah untuk rosak semasa terhentak atau terlanggar. Meja ini boleh ditinggikan sehingga 125cm dan yang paling rendah adalah 65cm.
Bukan setakat itu sahaja, meja ini juga dilengkapi dengan “cable management” yang cukup kemas. Anda tidak perlu menggunakan banyak plug di rumah untuk menghidupkan PC kerana mereka telah menyediakan plug pada meja. Sambungan dari meja pula hanya menggunakan hanya satu plug sahaja untuk menghidupkan PC.

Bagi menguruskan wayar yang banyak dan tidak kemas, meja ini didatangkan dengan tempat untuk korang sembunyikan wayar-wayar tadi ke dalam meja. Selepas selesai wayar-wayar tadi, anda akan mendapat hasil yang sangat kemas dan tidak serabut.
Selain itu, Secret Lab Magnus Pro juga didatangkan dengan aksesori seperti “monitor arm” dan “PC mount.” Yang paling penting adalah anda dibenarkan untuk menggunakan semua aksesori magnetik yang ada pada Magnus kepada Magnus Pro.

Untuk pengetahuan korang, meja gaming Secret Lab Magnus Pro telah dilancarkan di Malaysia dan sesiapa yang berminat, boleh terus ke laman web rasmi Secret Lab di sini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post