Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 83% Game Mobile Gagal Selepas 3 Tahun Dikeluarkan, Menurut Laporan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 24, 2023
in Android, Artikel, Berita, Industri, iOS, Mobile
0 0
0
Sebanyak 83% Game Mobile Gagal Selepas 3 Tahun Dikeluarkan, Menurut Laporan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda kerap mengikuti berita mobile gaming sejak beberapa tahun kebelakangan ini, anda pasti sering melihat bahawa banyak game mobile sebenarnya ditutup atau berakhir dengan kegagalan. Ini adalah kisah benar dan telah dikaji secara teliti di mana para pakar menjelaskan bahawa majoriti game mobile mempunyai jangka hayat yang sangat pendek.

Penyelidikan terkini daripada SuperScale (syarikat pakar teknologi dengan enjin analitik khas) mendapati bahawa sebanyak 83% game mobile yang dilancarkan akan gagal dalam tempoh tiga tahun, manakala 43% lagi dibatalkan semasa proses pembangunan, menurut laporan daripada gamesindustry.biz.

Kredit: Super Scale

Selain itu, sebanyak 76% game yang dilancarkan mencapai pendapatan puncak pada tahun pertama, tetapi hanya 4% sahaja yang berjaya mencapai puncak itu pada tahun kedua.

Laporan itu juga menyata; walaupun lebih daripada separuh pembangun menggunakan sistem “live operation” dalam game mereka, sebanyak 38% tidak mengeluarkan kandungan atau kemas kini dengan kerap, manakala kurang daripada separuh mengeluarkan kemas kini bulanan untuk game mereka, lantas membawa kepada hanya 5% game sahaja yang menerima sokongan selepas tujuh tahun dilancarkan.

Dikendalikan oleh Atomik Research, laporan Good Games Don’t Die oleh SuperScale diterbitkan minggu ini, dan berdasarkan temu bual dengan 500 pembangun dan penerbit game di UK dan Amerika Syarikat.

Walaupun kadar kegagalan sangat tinggi untuk game baru, sebanyak 78% pembangun masih memilih untuk mengusahakannya. Walau bagaimanapun, lebih daripada 1/3 pertiga daripada responden mengatakan bahawa ketidakpastian dalam industri telah “membuat mereka berhenti membangunkan game baru,” manakala lagi 30% merasakan pasaran semasa “terlalu sukar untuk berjaya.”

Ini berlaku kerana 2/3 daripada studio terpaksa memberhentikan pekerja, mengecilkan operasi atau mengurangkan belanjawan dengan kepastian sebanyak 29% daripada pembangun yang terpaksa memotong belanjawan sedia ada. Ini tidak menghairankan, kerana persaingan untuk game mobile, baik di Barat dan Asia, telah menjadi amat sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana perkembangan teknologi.

Sumber: GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game MobileindustriMobile
ShareTweetSend
Previous Post

8BitDo Cipta Controller Genshin Impact – Chongyun Edition, Khas Untuk PC & Mobile!

Next Post

Sasuke & Sakura Diundi “Pasangan Kahwin Anime Terbaik”, Menurut Netizen Jepun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Sasuke & Sakura Diundi “Pasangan Kahwin Anime Terbaik”, Menurut Netizen Jepun

Sasuke & Sakura Diundi "Pasangan Kahwin Anime Terbaik", Menurut Netizen Jepun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd