Kali terakhir SEA Games berlangsung pada tahun 2019 di Filipina, terbaru, Vietnam Recreational and Electronic Sport Association (VIRESA) telah mengumumkan tajuk permainan esport rasmi yang akan disertakan pada Sukan Asia Tenggara ke-31 (SEA Games 2021). Acara ini akan merangkumi sepuluh kejohanan esports, dari sebelumnya enam pingat esports yang hadir pada tahun 2019. Peserta tajuk-tajuk permainan esports ini akan mewakili 11 negara di seluruh Asia Tenggara.
Lebih menarik, tahun ini akan ada kejohanan League of Legends di PC, serta dua pertandingan League of Legends: Wild Rift untuk mobile, pengasingan antara perlawanan satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Bukan itu sahaja, permainan popular seperti PUBG Mobile turut akan menjadi pertempuran di SEA Games 2021.
Senarai lengkap permainan esports SEA adalah seperti berikut:
Khusus untuk lelaki dan perempuan:
Game Mobile
- League of Legends: Wild Rift (lelaki sahaja): Berasaskan pasukan
- League of Legends: Wild Rift (perempuan sahaja): Berasaskan pasukan
Campuran
Game Mobile
- Arena of Valor: Berasaskan pasukan
- PUBG Mobile: Individu
- PUBG Mobile: Berasaskan pasukan
- Free Fire: Berasaskan pasukan
- Mobile Legends: Bang Bang: Berasaskan pasukan
Game PC
- League of Legends: Berasaskan pasukan
- FIFA Online 4: Berasaskan pasukan
- CrossFire: Berasaskan pasukan
Berita itu diumumkan melalui laman web VIRESA dan diketengahkan oleh Joebert Yu, timbalan setiausaha jeneral di Philippine Electronic Sports Organization (PESO).
Sejarah dicatatkan pada edisi SEA Games sebelumnya pada tahun 2019 yang menjadi acara pertama yang disetujui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang memperkenalkan esports sebagai acara pingat. Bukan setakat itu, pemain negara kita seperti Yew Weng Kean berjaya mendapatkan PINGAT EMAS PERTAMA dalam SEA Games 2019 untuk permainan Hearthstone manakala Pasukan Mobile Legends Bang Bang mendapat Pingat Gangsa. Pada SEA Games 2019, hanya 6 permainan yang dimainkan pada acara itu termasuk Arena of Valor, Dota 2, Starcraft II, Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang, dan Hearthstone.
SEA Games 2021 akan berlangsung di National Convention Center di Hanoi, Vietnam, dari 21 November hingga 2 Disember 2021. SEA Games adalah acara pelbagai sukan tahunan yang melibatkan peserta dari 11 negara Asia Tenggara. Permainan di bawah peraturan Southeast Asian Games Federation, dengan pengawasan oleh International Olympic Committee (IOC) dan Olympic Council of Asia (OCA).
IOC telah melihat esports dalam beberapa tahun terakhir dan kemungkinan memasukkan esports sebagai acara pingat di Olimpik. Ia juga telah mengumpulkan sebuah jawatankuasa esports. Buat masa ini nampaknya kesepakatan adalah mengikuti perkembangan sukan dan berpotensi memasukkannya sebagai aktiviti sampingan pada acara Olimpik masa depan.
Sumber: ENUK, VIRESA
@gamersantaimy
Discussion about this post