Roster awal TEKKEN 8 kini lengkap dengan pengumuman Reina “si Purple Lightning” yang menggunakan gerakan pantas untuk menewaskan pihak lawannya. Di sini, Bandai Namco telah mengeluarkan trailer baru untuk menunjukkan kebolehan Reina:
Daripada segi naratif, Reina dikelilingi oleh misteri kerana satu-satunya maklumat yang kita tahu tentang dirinya ialah dia seorang pelajar di Mishima Polytechnical School. Dia juga nampaknya mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap Jin, dan berminat untuk melawannya.

Menurut pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda, dia memainkan peranan penting dalam cerita Tekken 8, The Dark Awakens. Walaupun penampilannya nampak bergaya dan menawan, Reina memancarkan rasa “jahat” berkarisma, yang mencerminkan dualiti wataknya daripada segi personaliti dan gaya bertarung.

Reina menggunakan gaya pertarungan akrobatik berasaskan Taido, menggunakan teknik pantas dan kejam seperti pukulan knife-hand, cucuk mata dan cakaran yang mencerminkan perwatakannya. Dia menggunakan pergerakan khas bernama Sentai untuk menutup jarak dengan cepat dan melancarkan serangan bertubi-tubi, manakala Unsoku membolehkannya untuk melakukan serangan yang kuat dengan gerak kaki tangkas, lantas memberi pendekatan pertempuran yang pantas dan agresif.

Selain itu, Reinatelah memperoleh teknik Wind God Fist dan Spinning Demon, sinonim dengan karate gaya Mishima, dan juga mempamerkan aspek “power fighter”, yang memberikan gerakan kuat seperti Heaven’s Wrath yang pernah digunakan oleh Heihachi. Bukan itu sahaja, keupayaan serangannya di dinding, khususnya, adalah antara yang paling kuat berbanding semua watak.

Buat masa ini, itu sahaja yang kita tahu tentang Reina tetapi lebih banyak lagi akan didedahkan apabila Tekken 8 dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 26 Januari 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post