Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rocket League akan jadi FREE-TO-PLAY! Berpindah ke Epic Games dalam masa terdekat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Rocket League akan jadi FREE-TO-PLAY! Berpindah ke Epic Games dalam masa terdekat!
Share on FacebookShare on Twitter

Rocket League oleh studio Psyonix boleh dimainkan secara percuma bermula musim panas ini, di mana peralihannya daripada game berbayar ke percuma akan disertakan bersama kemas kini besar yang merangkumi beberapa perubahan pada sistem Rocket League. Kami juga akan mendapat penambahan ‘cross-platform progression‘.

Selain itu, Rocket League akan mula tersedia melalui Epic Games Store setelah pengambilalihan studio Psyonix oleh Epic Games pada bulan Mei 2019, dan apabila dilancarkan di Epic Games Store, ia tidak lagi boleh dimuat turun melalui Steam.

📣📣📣 Announcement time: Rocket League is going free to play later this summer. Check out the details in our latest blog, and get ready for lots of news throughout the next few weeks!https://t.co/h1hqtWY9kp pic.twitter.com/HQsc7f7kVL

— Rocket League (@RocketLeague) July 21, 2020

Mereka yang sudah membeli Rocket League pasti tertanya-tanya apakah kelebihan yang mereka perolehi daripada kemas kini dan Psyonix mengatakan bahawa mereka yang membeli game ini sebelum pelancaran percuma akan dihormati dengan status ‘Legacy‘ yang merangkumi beberapa ganjaran.

 

1 of 4
- +

Pemain ‘Legacy‘ akan mendapatkan kesemua DLC yang terdiri daripada lebih 200 item ditingkatkan kepada kualiti Legacy. Mereka juga akan mendapat tiga kosmetik baru: Golden Cosmos Boost, Dieci-Oro Wheels, dan Huntress Player Banner. Sekiranya anda membeli permainan sebelum pengumuman ini dibuat, anda juga akan mendapat Faded Cosmos Boost. Bersama dengan hadiah tersebut, pemain ‘Legacy‘ akan mendapat gelaran unik yang terikat pada akaun seperti “Est. 20XX” untuk menandakan tarikh pemain mula bermain Rocket League.

Setelah ‘cross-progression‘ ditambahkan, ia akan diaplikasikan kepada inventori, kemajuan Rocket Pass, dan statistik peringkat. Anda memerlukan akaun Epic Games untuk menggunakan fitur ‘cross-progression‘ setelah menyambung akaun. Bagi mereka yang bermain di Steam sekarang, anda tidak perlu risau. Walaupun Rocket League akan berpindah ke Epic Games, versi Steam akan tetap disokong sepenuhnya dengan kemas kini dan kandungan baru pada masa akan datang.

Tarikh tepat untuk peralihan Rocket League menjadi percuma masih belum diumumkan tetapi lebih banyak maklumat akan dikongsi di halaman Twitter rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeFreePercumapsyonixrocket league
Previous Post

Hasil anak tempatan, teaser dan butiran terbaru GigaBash telah didedakan!

Next Post

Rasa Lesu harini? Naikkan semangat dengan video lawak dari Ghost of Tsushima ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Rasa Lesu harini? Naikkan semangat dengan video lawak dari Ghost of Tsushima ini!

Rasa Lesu harini? Naikkan semangat dengan video lawak dari Ghost of Tsushima ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd